Thursday, July 5, 2012

hanya kerana sesuap nasi


Aku menghadapi tekanan kerja yg berat.. Tapi itu sumber pencarian.. Ku harung juga..

Org kata keje gomen mudah.. Hakikatnya tidak..
Lagi- lagi Kalau dpt staff / Rakan yg tak tau apa keje dia.. Buat keje halai balai.. Boss Akan tala kat org yg buat keje betul2 je..

Itu timbulnya tak puas hati.. Habis tu, takkan la nak present selama 15 minit, tapi slidenya punyalah tebal sampai 40 slide...

Tuhan bagi kelebihan utk kita synthesize ( ringkaskan dgn makna yg paling tepat).. Tapi kau buat cut and paste laporan excel.. Dgn tak de gambar bagai....  Hello! Kau ingat ini ucapan kat tanah perkuburan ke?

Boleh dia hulur kat aku pukul 5.35 ptg sambil ckp mtk tolong Semak ye... Ini yg dikehendakki... Aku tengok slide pertamya je aku tau benda tu tak betul... Aku rasa nak je baling kat dia..

Mana laporan impaknya? Mana laporan outcomenya? Benda ni Sume aku dah Ada depan mata aku ni..

Keje ko buat outcome kan.. Itu KPI ko kan.. Apsal ko tak buat? Kenapa aku pulak nak kena pikir..

Ooo ari tuh masa program, kau kata itu bukan KPI unit kau... Habis tu.. Yg ni keje sapa? Keje aku jugak ke?

Bengang Dan bingung tahap GABAn la opismate aku ni..

Kalau keje berat Sume tu aku kena pikir.. Abis korg semua buat apa? Balik awal, nak sembahyang, nak puasa, nak Pegi klinik, nak pg hospital, nak tengok anak, nak hantar anak..

Abis yang buat slide aku, yang pikir aku, yang buat kerja hakiki aku, 
Yang buat program aku, kajian aku, outcome aku..

Makan gaji buta lagi baik.


( itulah kata-kata yang aku nak hamburkan pada kawan opis hari ini sebab kesabaran aku dah di hujung tanduk. Tapi apa yg aku buat? Aku Tarik napas panjang-panjang. Sambil urut dada ku yg semput dan rasa ketakutan yg amat sangat sebab semua org dah balik ( takut Ada syaiton dan hantu).. Aku berdoa, ya Allah berilah aku kekuatan mengharungi semua ini.. Semoga Tuhan tunjukkanlah kebenaranMU... ) sempena tahun baru Islam, nisfu syaaban. Semoga Tuhan terima semua amalan ku yang sedikit ini dan berikan anak-anakku, anak-anak buahku, suamiku, ibuku, adik-beradikku, arwah bapakku dan makcik ku, seluruh umat muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia: rahmatmu, keampunanmu, redhamu, dan Tetapkan iman sehingga di cabut nyawa kami semua dan mati dalam keimanan. Amin. Yarabbal alamin.

Aku buat ini semua hanya kerana sesuap nasi, tapi aku redha Dan bersyukur..
Catatan di petang nisfu syaaban.