Thursday, October 7, 2010

Xin Chao, Hanoi






kesempatan berkunjung ke Hanoi baru-baru ini memang sungguh mengujakan.. untuk persediaan, saya telah belajar perkataan yang mudah-mudah seperti;

Hello - Xin Chao
Thank you - cam On
Good Bye - Tam Biet
sorry - Xin Loi
Delicious - Ngon Qua
Expensive - Mac Qua
Help Me - Giup toi voi
How are you? - ban co khoe khong?
How much is it? - Bao nhieu tien?

Masalah saya yang utama bila ke luar negara adalah makanan.. saya kena makan on time, tak boleh lebih dan tak boleh kurang.. terutama menu nasi.. memang tak boleh tinggal.. saya jadi susah hati bila dapat tugasan di luar negara.. huhuh.. apabila tiba di Hanoi, saya dimaklumkan ada beberapa kedai makanan muslim di bandar ini.. kedai pertama yang saya jumpa adalah Tandoor Restaurant, 24 Hang Be Street.. ok la juga dapat makan nasi beriyani dan sayur bayam, menggantikan menu wajib saya di hotel iaitu roti dan butter...


hari-hari yang berikutnya saya makan di Nisa Restaurant, 90, Nguyen Huu Huan Street.. tuan punya kedai orang Muar.. dah 10 tahun merantau di Hanoi dan berkahwin dengan wanita Vietnam.. mempunyai 2 orang anak perempuan dan nama restaurannya di namakan sempena anak perempuan sulung.. seronok juga makan sambil mendengar celoteh tuan kedai.. banyak sungguh pengalamannya di luar negara... menu nasi goreng memang sedap.. abang kedai ni pulak memang tak kedekut, letak nasi satu pinggan penuh.. memang dia tau kita tengah kebulur.. apa lagi makan sampai tak tengok kiri kanan.. maklumlah dah 4 hari tak jamah nasi macam ni.. rasa nasi gorengnya memang home made.. macam saya selalu masak kat rumah..


saya belajar bebarapa perkara dalam perjalanan pulang ke hotel.. pertama, buka restauran di negara seperti vietnam ni juga merupakan amal ibadat yang sungguh mulia.. mana tidaknya, kita membantu menyediakan makanan yang halal untuk orang islam. Perumpamaannya adalah seperti terjumpa sebotol air ketika kita kehausan dalam perjalanan di padang pasir yang kering kontang.. kita merasa sungguh haus dan panas.. sudah pasti sebotol air sangat berharga. itulah yang saya alami ketika saya mula terjumpa kedai makan nisa, alhamdulillah.. jumpa juga makanan yang halal hari ini..


Yang kedua, saya belajar sedikit sebanyak cara abang "ben taat" (bang, kalau silap eja, maaf ye..) berniaga.. jaga pelanggan.. barulah pelanggan puashati dan rasa dihargai.. pandai abang ben taat jaga hati pelanggan.. sampai bukan saja nasi goreng, dengan kain dan telekung juga kami borong dari kedainya.. wah! pandai abang ben taat ambil hati kami ye.. sampai kami pun tak sedar, shopping kat kedai makan..


kepada semua yang bercadang ke Hanoi, Nisa Restaurant boleh mengubat rindu pada masakan di Malaysia..









KL char kuew teow, memang betul-betul kaw







berasap-asap tuh..







peminat char kuew teow..


ada berita baik.. saya telah dikenalkan oleh seorang rakan untuk makan char kuew teow di jalan meranti, taman impian ehsan, balakong.. simple jer gerai dia. tapi rasanya memang sedap.. oleh kerana saya ni memang suka makan, saya dah bungkus char kuew teow dari gerai ni hampir setiap malam.. rasanya memang maintain.. so, sesiapa yang berminat boleh la rasa sendiri. harga RM3.50 sepinggan dan diorang ambil tempahan jugak.. saya tolong promo ni bukan apa.. sebab memang sodap.. sehingga menjilat jari.. selamat mencuba!!!

kalau berminat boleh hubungi din: 017-3066644














Wednesday, September 29, 2010

dadah dadah dadah

masalah dadah memang masalah seantero dunia. sebut saja negara mana yang tiada masalah dadah? jauh dan seceruk mana sekalipun, pasti penagihan dadah adalah salah satu masalah sosial yang melanda dalam komuniti mereka. bhutan, vietnam, laos, afghanistan, pakistan, korea, jepun.. sebut saja.. dadah adalah fenomena. malah afghanistan adalah pengeluar / penanam pokok popi. malaysia juga apa kurangnya. makmal-makmal kecil / haram telah banyak memproses dadah jenis syabu, ecstacy dll.. pihak polis banyak buat tangkapan (sila rujuk surat khabar tempatan). dan tahniah pada pihak penguatkuasaan sebab kejayaan demi kejayaan dalam membenteras supply dadah dalam pasaran.

itu belum cerita jumlah penagih dadah yang ada.. namun, kita tidak boleh bersikap negatif terhadap mereka.. mereka ini sakit dan perlu pertolongan.. kajian oleh National Institute of Drug Abuse (nida) menunjukkan bahawa penagihan boleh dirawat. namun, kemudahan rawatan mestilah mengambil kira semua aspek yang diperlukan oleh pesakit.. bukan sahaja dari sudut fizikal, malah mengambil kira sudut perubatan, psikologi dan kemahiran sosial.. banyak perkara perlu ditambah baik dalam program rawatan penagih dadah di negara kita sebenarnya..


ini adalah masa untuk kita bermuhasabah. lihat dalam diri masing-masing.. kalau kita tak hisap dadah, bagus.. tapi macamana pulak dengan adik beradik, sepupu, pak cik, mak cik, ipar duai, kawan-kawan, anak jiran yang kita kenal... apa yang kita buat, hanya tunggu dan lihat, tanpa beri apa-apa bantuan?

apa peranan kita? di mana kita nak menyumbang? adakah dengan mengatakan dadah itu haram sudah mencukupi? atau hantar sahaja penagih ke pulau itu rasional? cuba bayangkan yang menagih itu anak kita atau bapa kita.. sanggup ke nak hantar mereka ke pulau?

jadi, mulalah bertindak dengan mendidik anak-anak kita mengenai bahaya dadah. beritahu mereka bahawa kesan dadah sangat besar dalam kehidupan. ia boleh merosakkan otak, merosakkan tubuh badan, merosakkan semuanya.. si bapa yang merokok pula, cuba-cubalah berhenti merokok.. kalau nak berhenti merokok pun payah, apalagi nak berhenti hisap dadah.. bawa anak melawat ke pusat serenti dan tengok macamana penagih dadah dirawat.. betapa susahnya nak jadi manusia..

tanggungjawab sebagai ibubapa sangat berat.. bukan hanya memberi makan dan minum, tapi didikan yang berguna. sematkan nilai-nilai mulia sejak anak masih kecil. contohnya tolong menolong, bercakap benar, bertanggungjawab, toleransi, jujur dan lain-lain lagi. gunakan masa berkualiti dengan anak. maklumlah sekarang ni zaman ibubapa bekerja. kerja.kerja.kerja. tuntutan kerja lebih tinggi berbanding masa di rumah.. tapi jangan abaikan anak di rumah.

macamana nak gunakan masa dengan berkualiti?
maksimakan aktiviti bersama anak di dalam masa yang terhad. itu sahaja.
maknanya, buatlah aktiviti bersama. cuci pinggan dengan anak, cuci kain dengan anak.. sambil tu cerita apa aktiviti hari ini di sekolah? apa cikgu ajar hari ini? kerja sekolah banyak ke? kalau dah sampai masa buat kerja sekolah, apa lagi, duduk sebelah anak dan beri tunjuk ajar. suruh anak baca buku, tapi kita tengok tv.. ia takkan menyokong.. jadi tutup tv, dan membaca bersama-sama anak.. bacalah apa-apa sahaja.. asalkan tingkahlaku membaca itu ditunjukkan.
satu lagi, jangan tinggal anak waktu kita pergi ke pasar di hari minggu. bawa mereka ke pasar. biar mereka kenal ikan kembung, ikan parang, pucuk pakis dan tau taucu tu macamana rupanya. daun kunyit tu warna apa.. ini proses pembelajaran.. kemahiran hidup.. mana tau kalau kita sakit dan tak boleh ke pasar, mereka boleh berdikari.. tiadalah kes nak beli daun bawang, mereka terbeli daun sup ...

apa kaitan ini semua dengan penagihan dadah? takkan tak tau beli daun bawang boleh mengakibatkan anak-anak untuk hisap dadah...

kita kena lihat, penagihan dadah adalah disebabkan oleh masalah dalaman yang dialami oleh seseorang , contohnya rasa rendah diri, rasa tertekan, tak boleh selesaikan masalah, tiada kawan yang jujur untuk mendengar, mengabaikan ajaran agama dan moral, dan keluarga yang porak peranda. penagihan dadah itu hanya simptom atau tanda-tanda akibat sakit dalaman tadi. maknanya, disebabkan tekanan terlalu tinggi dan tiada kemahiran untuk atasi tekanan, maka seseorang akan ambil dadah.. jadi, yang perlu ditangani adalah kemahiran untuk mengatasi tekanan dulu, barulah seseorang itu tahu bahawa dadah bukanlah jawapan untuk mengatasi tekanan... aspek kemahiran hidup boleh menjadikan diri anak bertambah yakin, dan mereka tahu untuk mengemudikan hidup bila ditimpa masalah.. mudah..

peranan ibu bapa sangat penting.. jangan salahkan anak bila mereka hisap dadah.. tapi salahkan ibubapanya juga.. sebab ajaran dari kecil tidak dititiberatkan..

inilah masa untuk kita bertindak.. mulakan di rumah kita sekarang.. beri didikan yan sempurna kepada anak-anak supaya mereka menjadi orang yang berbakti dan berjaya di dunia dan akhirat. ingat! anak-anak kita tanggungjawab kita..

Monday, September 20, 2010

Binatang pun sayangkan anak, inikan pula manusia




Sayu hati saya menatap berita bayi dibuang dalam tong sampah, dalam sungai, dalam tong najis, bawah pokok... yang lebih baik adalah diletakkan di hadapan rumah atau di surau.. apakah perasaan ibu yang melahirkan anak cukup sifat tapi tiada langsung kasih sayang dalam hatinya terhadap si kecil..

Fitrah ibu adalah mengasihi anak dan menyayangi anak sejak dari kandungan.. kerana janin yang dikandung itu membesar setiap saat dan setiap minit di dalam perut ibu.. dia makan apa yang ibu makan, dia minum apa yang ibu minum, dan dia bernafas ketika ibu bernafas.. dia berkongsi segala-galanya dengan si ibu.. dia mendengar ibunya bercakap, malah dia turut merasai emosi yang dilalui oleh ibu.. Pergerakan sikecil turut dirasai setiap saat, dari awal conceived sehinggalah saat kelahiran.. malah sikecil turut dirangsang agar sentiasa 'hidup' dan merasai dunia sekelilingnya oleh si ibu.. besar sungguh NIKMAT menjadi ibu yang mengandungkan anak yang disayangi dan dinanti.

Gara-gara perbuatan songsang si ibu dan bapa, bayi yang tidak berdosa menerima padahnya. Mereka dibuang dan dibunuh tanpa belas kasihan kerana malu dengan masyarakat, orang kampung, dan takut dengan keluarga.. sedangkan ramai pasangan di luar sana yang mengharapkan zuriat dan kurnia anak. Telah hilang kasih sayang dan perasaan belas..

Menurut laporan The Star 19 Ogos 2010, sejumlah 472 telah dibuang sejak tahun 2005. 258 (54%) daripadanya telah dijumpai mati. Pada tahun ini sahaja (sehingga artikel ini ditulis) sejumlah 65 orang bayi telah diabaikan/dibuang/dibunuh. 26 orang melibatkan bayi lelaki, 25 orang adalah bayi perempuan dan 14 merupakan janin. Manakala kes yang dilaporkan pada tahun 2009 adalah sebanyak 76 kes.


Masa Untuk Bertindak.
Rasa kasihan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah sosial yang semakin merebak ini. Inisiatif kerajaan Negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah khas untuk pelajar / ibu muda seperti yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini adalah disokong. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu kerajaan untuk menyelesaikan masalah pelajar wanita yang terlanjur dan menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.