Sunday, October 21, 2012

tips lepas bersalin: cara bengkung lepas pantang


Berbengkung selepas melahirkan adalah amalan wanita Melayu dalam pantang. Amalan ini dipercayai boleh membantu kepulihan ibu selepas melahirkan anak.  Ada macam-macam cara berbengkung mengikut peredaran zaman. Kalau dulu, amalan wanita Jawa apabila berbengkung adalah dengan mengikat perut dengan cara melilit kain sepanjang 8 ke 10 meter kain yang mempunyai kelebaran 25 inci secara memusingkan badan perlahan-lahan. Setiap satu pusingan, akan disimpulkan rapi dan menyusun kedudukan kain agar selesa dan menampung perut ke atas, iaitu ke arah dada..Kain akan mula diikat di bawah punggung dan di pusingkan serta disimpulkan secara menaik terus ke bawah buah dada..

Pada kebiasaannya, ibu akan mandi terlebih dahulu dan membersihkan badan sebelum memakai bengkung kerana sesudah memakai bengkung, sukar untuk bergerak dan terutamanya ke tandas. 

Rahsia melilit bengkung sebenarnya adalah untuk mengembalikan perut yang menggeleber supaya kembali tegang. Tambahan pula, amalan ini dipercayai akan menjadikan perut semakin kecil dan apabila siibu makan, dia akan makan dalam kuantiti yang sedikit kerana perut telah diikat rapi. Sama seperti pemakaian girdle, si pemakai akan rasa perut diikat dan kurang selesa apabila makan dalam jumlah yang banyak.

Untuk membakar lemak-lemak yang berlebihan, disarankan agar ibu membersihkan perut terlebih dahulu. kemudian menyapu seluruh perut dengan kapur (kapur sireh). perahkan limau nipis di atas kapur yang telah di sapu ke atas perut tersebut. Anda akan merasa sedikit rengsa pada kulit dan apabila kapur telah kering, kulit aka terasa gatal sedikit. Barulah proses berbengkung dimulakan...

Pemakaian bengkung diamalkan selama 44 hari dan diteruskan selepas pantang dengan mengamalkan pemakaian girdle supaya pemulihan dan rawatan perut lebih cepat.

Walaupun begitu, pemakaian bengkung seperti di atas hanya boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin normal dan bukan melalui pembedahan...

Terdapat pelbagai produk bengkung yang ada di pasaran sekarang. kebanyakannya lebih mesra pengguna dan praktikal kerana mudah digunakan sendiri oleh si ibu. Oleh itu, ibu akan mempunyai masa untuk berehat dan menjaga si kecil tanpa dibebani oleh kerenah pemakaian bengkung melalui rutin yang panjang dan memenatkan...










kisah ibu biasa yang amat bermakna untuk anak-anaknya...








No comments: