Sunday, January 19, 2014

Pengalaman Haid Pertama



Aku teringat ketika mula-mula datang haid pada umur 13 tahun, 30 tahun dahulu, aku merasa sangat malu dengan keadaan diri aku dan keliru. Apa sebenarnya yang berlaku? Aku juga merasa sangat takut dan tetap mengerjakan solat 5 waktu ketika itu kerana sudah menjadi kebiasaan untuk mengerjakan solat seperti yang selalu disuruh oleh emak dan bapa.

Oleh kerana ketika itu aku cuti sekolah bulan Disember, aku hanya duduk di rumah membantu emak dengan kerja-kerja rumah. 

Ketika aku memberitahu emak, emak hanya tersenyum dan mengatakan kepada aku, "tak boleh sembahyang sampai darah jadi bersih ya". 
" oh ok..". emak tak tahu aku dah sembahyang setiap waktu sebelum ini..Lagipun, aku beritahu emak apabila aku haid hari ke tiga.

Emak ajar aku cara-cara mandi wajib dan itu sahaja yang aku ingat sampai sekarang. 

Pengalaman datang haid kali pertama merupakan pengalaman yang berbeza-beza bagi setiap anak gadis sunti. Ada yang mengujakan, menyedihkan, menakutkan, mengelirukan serta pelbagai pengalaman yang tidak boleh dilupakan bergantung kepada situasi yang dialami oleh anak gadis tersebut.

Bagi aku, hari pertama haid adalah menakutkan dan mengelirukan kerana kekurangan maklumat dan pengalaman yang disampaikan kepada aku. Maklumkan perkara sebegitu tidak pernah dibincangkan secara terbuka oleh emak. Aku dapat maklumat pun melalui kawan-kawan yang telah melaluinya. Orang kata maklumat 'hearsay' yang belum tentu kesahihannya.

Sebagai ibu, pasti aku akan menggunakan pengalaman tersebut untuk mendekati anak perempuan ku yang bakal mengalami haid dengan kata-kata ini: 
" tahniah, anak umi dah jadi dewasa"
" wah! hebat anak umi dan besar"

Seterusnya aku akan menanyakan perihal dirinya, sakit perut tak? Darah yang keluar warna macamana? 

Aku akan ajar anak aku pakai pad dengan betul serta pastikan aspek kebersihan dijaga. Tukar pad selalu. Sekurang-kurangnya 4 kali sehari. Cuci 'bunga' dengan air bersih selepas buang air kecil maklumlah pada waktu ni bakteria banyak.

So, kena ajar jugak anak aku cara bersihkan pad dan buang dalam tong sampah. Jangan pulak tinggal dalam bilik air sehingga bilik air berbau hanyir. Ohh tidak!!

Finally, buat amali mandi wajib..

Oh, belum habis lagi.. aku kena ajar anak aku mengenai perempuan yang dah datang haid, kekerapan datang haid seperti sebulan sekali.. Ajar anak aku untuk menanda tarikh-tarikh penting tersebut dalam diari supaya dia lebih bersedia untuk haid seterusnya pada bulan hadapan.

Beri tips yang berguna: " sayang bawa spare pads dalam beg, takut sayang period pulak minggu ni".. lebih kurang macam tu lah..

Then, yang paling penting.. ceritakan tentang gadis yang dah haid, boleh mengandung kalau melakukan seks. Aku terfikir juga, perlukah? Memang perlu. Kalau aku tak bagitau, surely anak aku akan dapat tahu jugak dari internet dan kawan-kawan. Inilah masanya aku bagitau, awak punya 'bunga' kena jaga elok-elok, sebab awak boleh jadi pregnant kalau buat perangai tak senonoh!!!


"Kisah ibu biasa yang AMAT bermakna 
untuk anak-anaknya"









2 comments:

Vic said...

salam perkenalan..
Terima kasih kerana berkongsi tips..
Anak-anak Vic masih kecil so terfikir jugak mcm mana lah nk intro tentang hal macam ni nanti..
:)

Mariyati Amin said...

hai..emm memang jadi dilemma jugak nak cerita hal-hal sebegini kan. tapi ia amat perlu