Sunday, October 21, 2012

tips lepas bersalin: cara bengkung lepas pantang


Berbengkung selepas melahirkan adalah amalan wanita Melayu dalam pantang. Amalan ini dipercayai boleh membantu kepulihan ibu selepas melahirkan anak.  Ada macam-macam cara berbengkung mengikut peredaran zaman. Kalau dulu, amalan wanita Jawa apabila berbengkung adalah dengan mengikat perut dengan cara melilit kain sepanjang 8 ke 10 meter kain yang mempunyai kelebaran 25 inci secara memusingkan badan perlahan-lahan. Setiap satu pusingan, akan disimpulkan rapi dan menyusun kedudukan kain agar selesa dan menampung perut ke atas, iaitu ke arah dada..Kain akan mula diikat di bawah punggung dan di pusingkan serta disimpulkan secara menaik terus ke bawah buah dada..

Pada kebiasaannya, ibu akan mandi terlebih dahulu dan membersihkan badan sebelum memakai bengkung kerana sesudah memakai bengkung, sukar untuk bergerak dan terutamanya ke tandas. 

Rahsia melilit bengkung sebenarnya adalah untuk mengembalikan perut yang menggeleber supaya kembali tegang. Tambahan pula, amalan ini dipercayai akan menjadikan perut semakin kecil dan apabila siibu makan, dia akan makan dalam kuantiti yang sedikit kerana perut telah diikat rapi. Sama seperti pemakaian girdle, si pemakai akan rasa perut diikat dan kurang selesa apabila makan dalam jumlah yang banyak.

Untuk membakar lemak-lemak yang berlebihan, disarankan agar ibu membersihkan perut terlebih dahulu. kemudian menyapu seluruh perut dengan kapur (kapur sireh). perahkan limau nipis di atas kapur yang telah di sapu ke atas perut tersebut. Anda akan merasa sedikit rengsa pada kulit dan apabila kapur telah kering, kulit aka terasa gatal sedikit. Barulah proses berbengkung dimulakan...

Pemakaian bengkung diamalkan selama 44 hari dan diteruskan selepas pantang dengan mengamalkan pemakaian girdle supaya pemulihan dan rawatan perut lebih cepat.

Walaupun begitu, pemakaian bengkung seperti di atas hanya boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin normal dan bukan melalui pembedahan...

Terdapat pelbagai produk bengkung yang ada di pasaran sekarang. kebanyakannya lebih mesra pengguna dan praktikal kerana mudah digunakan sendiri oleh si ibu. Oleh itu, ibu akan mempunyai masa untuk berehat dan menjaga si kecil tanpa dibebani oleh kerenah pemakaian bengkung melalui rutin yang panjang dan memenatkan...










kisah ibu biasa yang amat bermakna untuk anak-anaknya...








kenapa isteri malas nak layan suami?


Kerapkali terbaca dalam surat khabar atau engaged  dengan perbualan yang mengkisahkan perhubungan suami isteri.. macam-macam kisah orang dah kahwin ni. ada suami tak puas hati dengan layanan sang isteri kat rumah, masalah kewangan, masalah tanggungjawab, masalah anak-anak dan seribu satu kisah lagi..

Kalau dengar versi isteri, lagi mau pengsan sang suami nanti.. huh macam-macam version ada.. suami pemalas lah, suami macam raja lah, suami tak kisah kan tanggung jawab lah.. semuanya serba salah..

aku rasa dua-dua belah pihak ni ada points masing-masing. pasangan yang dah lama kahwin dah masak benar dengan perangai pasangan masing-masing pun boleh becerai berai kalau tak kena gayanya..

kena saling sayang menyayangi, tolong menolong, bertimbang rasa, tanggungjawab dipikul bersama. jangan penting kan diri sendiri.. kadang-kadang suami rasa isteri tak jaga dan tak layan suami sepenuhnya.. tapi dia check tak apa isteri buat satu hari dari pagi sampai ke malam, betapa isteri tunggang terbalik melayan karenah anak, menjaga anak, mengasuh anak.. bukan duduk terkangkang satu hari kat rumah kannn...

Apa salahnya kalau sang suami juga turun padang. mandikan anak, basuhkan berak anak, buatkan susu, basuh dan sidaikan baju, buang sampah dan segala macam kerja rumah yang non-stop... fahami dan alami apa yang isteri rasa dalam melaksanakan tugasan harian tanpa rasa jemu dan bosan..

Ini tidak, asal balik rumah, campak stokin.. campak beg, nak order air panas, air kopi lah, milo lah.. isteri lambat hidang muncung suami dah panjang boleh sangkut hanger.. paling tragis, boleh baling pinggan kat sinki...hello, kau bayar mas kahwin 8o hinggit, tapi kau punya lagak macam bayar mas kahwin 80,000 hinggit. Asyik mintak service je.. please la..

jangan ambil mudah orang di sekeliling anda wahai sang suami yang budiman.. para isteri ni bukan duduk je satu hari kat rumah tau.. especially yang housewife tu.. we all non stop working melebihi wanita berkerjaya...

tanggungjawab jaga anak dah la kau serah sepenuhnya kat isteri.. sapa yang hantar anak ke sekolah? ambik anak? beli sayur? kemas rumah? basuh baju? kemas baju? masak-memasak lagi.. belum lagi nak layan anak-anak punya kerja sekolah, ajar mengaji pun isteri kena buat.. malam nanti, suami nak suruh buat itu ini.. sakit kakilah.. sakit lututlah. sakit kepala lah.. konon penat lah sebab buat kerja satu hari, membanting tulang nak cari rezeki untuk keluarga.. tapi suami pikir ke tak si isteri yang sakit pinggang, sakit betis sakit segala buat kerja rumah? sapa yang urutkan tuh?

Kalau akal pendek, boleh mintak cerai si isteri sebab suami yang berat sebelah.. hello bang, anak dah 6 orang, tak layan apa lagi ni.. meroyan je yang belum..

macam ni lah.. aku nak quote sorang ustaz cakap, dia penulis dalam ruangan soal jawab dalam paper tapi aku lupa namanya, aku suka dengan ulasan dia yang ringkas pasal hubungan suami isteri iaitu seperti berikut:

Q: suami saya berang tak tentu pasal dan suka mengamuk depan orang, malu saya ustaz.
A: senang aje nak memenuhi kehendak suami, asalkan perutnya kenyang dan keperluan seksualnya dipenuhi...

aku bold kan senang orang pompuan nak ingat..aku setuju dan tak setuju.. 

sebab setuju..memang keperluan fitrah lelaki dan manusia, betul lah tu..mula-mula makan, dah lepas makan nak seks pulak..

aku pun tak setuju jugak... eh, kalau dalam peti ais tak de apa nak masak, kau nak kenyang macamana? anak-anak makan pun berebut-rebut, kau nak isteri hidangkan makan bagai, anak mati kelaparan.. lepas tu, kau nak isteri layan kat tempat tido, oh tidak..

jangan fikir isteri ni robot, tak de perasaan..ok, we all ni manusia yang lemah fizikal, tapi bukan lemah otak.. dan tak boleh fikir benda-benda yang simple macam ni..

kalau suami punya tanggungjawab pun tak lengkap, jangan lah asyik harap isteri yang kena sempurna.. cermin lah diri dan tengok kekurangan pada diri sendiri, baru boleh demand macam-macam..

sebab tu lah kadang-kadang isteri tak ade hati nak layan suami..sebab dah frust dengan gelagat sang suami yang tak menghargai isteri dan tak pernah tunjuk kasih sayang kat keluarga..




nota: aku menghargai sesiapa yang sudi membaca blog ni, tapi cukup bengang kalau orang copy and paste dan di share di facebook atau blog tanpa sebut sumbernya.. pleaselah, kasilah credit kat penulis asal.. ok..terima kasih




"kisah ibu biasa yang amat bermakna untuk anak-anaknya..."


berbudi pada tanah


aku ke rumah seorang abang yang baru bersara baru-baru ni.. teruja sangat tengok hobi barunya kini.. belakang rumahnya dulu sama taraf macam hutan simpan. nah, sekarang.. macam kebu sayur kat Cameron Highlands..Macam-macam jenis sayuran dia tanam. Setiap kali tetamu datang, dia suruh petik sendiri.. best jugak...





Kobis pun ada.. teruja betul..




Bela nak buat benih.

Pokok betik baru nak besar..

Ubi ni kalau dah berbuah nanti, boleh jual.. kata tuan tanah..

Bukti tak guna racun serangga.  Sampai lunyai daun tu dimakan ulat..

tuan punya ladang



kisah ibu biasa yang amat bermakna untuk anak-anaknya...



Thursday, October 4, 2012

advanced marketing power memang power.

first time attend seminar yang dipenuhi dengan manusia yang sangat enthusiastic. berebut-rebut masuk dewan seminar. sampai beratur sanggup tak lunch, atau lunch kat tepi tangga jer sebab tak nak miss class. hebat betul dr aziza osman menaikkan semangat dan perasaan students nya.. aku memang rasa bertuah dan tq to DAO serta family richwork yang tulen!!


















"kisah ibu biasa yang bermakna untuk anak-anaknya..."