Sunday, January 19, 2014

Pengalaman Haid Pertama



Aku teringat ketika mula-mula datang haid pada umur 13 tahun, 30 tahun dahulu, aku merasa sangat malu dengan keadaan diri aku dan keliru. Apa sebenarnya yang berlaku? Aku juga merasa sangat takut dan tetap mengerjakan solat 5 waktu ketika itu kerana sudah menjadi kebiasaan untuk mengerjakan solat seperti yang selalu disuruh oleh emak dan bapa.

Oleh kerana ketika itu aku cuti sekolah bulan Disember, aku hanya duduk di rumah membantu emak dengan kerja-kerja rumah. 

Ketika aku memberitahu emak, emak hanya tersenyum dan mengatakan kepada aku, "tak boleh sembahyang sampai darah jadi bersih ya". 
" oh ok..". emak tak tahu aku dah sembahyang setiap waktu sebelum ini..Lagipun, aku beritahu emak apabila aku haid hari ke tiga.

Emak ajar aku cara-cara mandi wajib dan itu sahaja yang aku ingat sampai sekarang. 

Pengalaman datang haid kali pertama merupakan pengalaman yang berbeza-beza bagi setiap anak gadis sunti. Ada yang mengujakan, menyedihkan, menakutkan, mengelirukan serta pelbagai pengalaman yang tidak boleh dilupakan bergantung kepada situasi yang dialami oleh anak gadis tersebut.

Bagi aku, hari pertama haid adalah menakutkan dan mengelirukan kerana kekurangan maklumat dan pengalaman yang disampaikan kepada aku. Maklumkan perkara sebegitu tidak pernah dibincangkan secara terbuka oleh emak. Aku dapat maklumat pun melalui kawan-kawan yang telah melaluinya. Orang kata maklumat 'hearsay' yang belum tentu kesahihannya.

Sebagai ibu, pasti aku akan menggunakan pengalaman tersebut untuk mendekati anak perempuan ku yang bakal mengalami haid dengan kata-kata ini: 
" tahniah, anak umi dah jadi dewasa"
" wah! hebat anak umi dan besar"

Seterusnya aku akan menanyakan perihal dirinya, sakit perut tak? Darah yang keluar warna macamana? 

Aku akan ajar anak aku pakai pad dengan betul serta pastikan aspek kebersihan dijaga. Tukar pad selalu. Sekurang-kurangnya 4 kali sehari. Cuci 'bunga' dengan air bersih selepas buang air kecil maklumlah pada waktu ni bakteria banyak.

So, kena ajar jugak anak aku cara bersihkan pad dan buang dalam tong sampah. Jangan pulak tinggal dalam bilik air sehingga bilik air berbau hanyir. Ohh tidak!!

Finally, buat amali mandi wajib..

Oh, belum habis lagi.. aku kena ajar anak aku mengenai perempuan yang dah datang haid, kekerapan datang haid seperti sebulan sekali.. Ajar anak aku untuk menanda tarikh-tarikh penting tersebut dalam diari supaya dia lebih bersedia untuk haid seterusnya pada bulan hadapan.

Beri tips yang berguna: " sayang bawa spare pads dalam beg, takut sayang period pulak minggu ni".. lebih kurang macam tu lah..

Then, yang paling penting.. ceritakan tentang gadis yang dah haid, boleh mengandung kalau melakukan seks. Aku terfikir juga, perlukah? Memang perlu. Kalau aku tak bagitau, surely anak aku akan dapat tahu jugak dari internet dan kawan-kawan. Inilah masanya aku bagitau, awak punya 'bunga' kena jaga elok-elok, sebab awak boleh jadi pregnant kalau buat perangai tak senonoh!!!


"Kisah ibu biasa yang AMAT bermakna 
untuk anak-anaknya"









Sumbang Mahram : Isu yang masih belum selesai




Baru-baru ini kita disajikan dengan berita seorang anak perempuan berumur 13 tahun dari Pantai Timur yang telah dinodai oleh bapa tirinya sejak dia berumur 8 tahun. Ketika ibu dan adik beradiknya yang lain sedang nyenyak tidur, bapa tirinya yang berumur lewat 30-an telah menyelinap ke bilik tidurnya dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap budak yang baru mengenal hidup. Bapa tirinya telah memasukkan jari ke dalam 'bunga' budak tersebut dan ia berlanjutan hingga umurnya 10 tahun, akhirnya budak tersebut jadi mangsa rogol bapanya sendiri.

Lelaki yang tidak patut digelar 'papa' itu akhirnya telah ditangkap polis apabila kejadian terakhir pada November 2013 memaksa anak gadisnya membuat surat kepada 'mama'nya iaitu memberitahu rasa ketakutan dirinya daripada mengandung kerana telah dirogol oleh 'papa'. Tindakan bijak ibunya telah menyelamatkan kesengsaraan budak perempuan tersebut. Ibunya telah melaporkan kejadian tersebut di balai polis dan akhirnya bapa durjana telah ditangkap dan akan menghadapi hukuman.

Tetapi masalah belum selesai sepenuhnya.
Pernahkah kita terfikir apa yang akan terjadi kepada mangsa rogol tersebut? Sudah tentu seluruh hidupnya akan terkesan dengan perbuatan bapanya yang umpama "Haruan Makan Anak". Mangsa perlu diberi bantuan secara psikologi dan emosi supaya boleh meneruskan kehidupan seperti gadis yang lain. Sudahkan bantuan tersebut diberikan? Siapa akan bertanggungjawab memantau pemulihan yang perlu dilalui oleh mangsa sumbang mahram?

Banyak persoalan yang berlegar di fikiran saya mengenai isu ini. Rasa kasihan sahaja tidak cukup. Banyak perkara perlu dilakukan oleh ibubapa dan ahli keluarga. Sumbang Mahram perlu dicegah supaya ia tidak akan berulang dan melibatkan anak-anak yang kecil dan tidak berdosa. 

Mari kita kaji kes-kes yang melibatkan sumbang mahram yang sering berlaku berdasarkan pemerhatian berita di media massa. 

i. Kes-kes sumbang mahram berlaku dalam kalangan kanak-kanak perempuan yang tinggal bersama bapa tiri, nenek / datuk, bapa saudara atau saudara mara lain.

ii. Sumbang mahram juga berlaku kerana ibubapa yang tidak prihatin dengan perubahan yang berlaku kepada anak perempuannya. Ketidakprihatinan ini disebabkan oleh kesibukan bekerja, kemiskinan, kurang pengetahuan keibubapaan, terlalu percaya kepada orang lain untuk menjaga anak dan tiada keupayaan dari banyak segi.

iii. Keadaan rumah yang tidak tersusun iaitu tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk anak perempuan dan anak lelaki. Anak perempuan dan anak lelaki berkongsi bilik tidur turut dijadikan punca kejadian sumbang mahram. 

iv. Perlakuan seks yang dipelajari oleh anak-anak lelaki menyebabkan mereka ingin mencuba perlakuan tersebut dan adik beradik perempuan  dijadikan bahan eksperimen secara berseorangan atau berkumpulan.

v. Bapa, bapa saudara, datuk yang keseorangan kerana telah bercerai atau kematian isteri menjadikan anak atau cucu sebagai sumber keseronokan.

vi. Kerakusan nafsu bapa atau bapa tiri yang tidak menganggap anak sebagai amanah Tuhan, tetapi sebagai mangsa untuk melampiaskan nafsu.

Pernahkan kita terfikir yang kita boleh mencegah daripada berlakunya sumbang mahram dalam keluarga kita?

Ya. Kita boleh mencegah sumbang mahram dalam kalangan keluarga kita. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka berumur 7 tahun. (ini berdasarkan maksud hadis nabi S.A.W).

2. Perhatikan perubahan yang berlaku dari segi fizikal, emosi dan tingkah laku anak-anak. Sentiasakan bertanya mengenai perubahan yang berlaku. 

3.   Sentiasa bercakap dengan anak-anak mengenai 'bunga' dan 'bird' yang tidak boleh dilihat atau dipegang oleh orang lain termasuk ayah atau abang atau sesiapa yang tinggal bersama atau mereka yang selalu bersama dengan anak-anak.

4. Sentiasa mengajar anak-anak jika mereka memegang atau melihat 'bunga' atau 'bird' adik atau kawan, mereka akan ditangkap polis. (kadang-kadang scare tactics turut membantu).

5. Bercerita mengenai kesan seks. Kadang-kadang sebagai ibubapa, kita keliru, bilakah masa yang sesuai untuk bercerita mengenai seks kepada anak-anak remaja? Sedarkah kita bahawa anak-anak boleh mendapat terlalu banyak informasi mengenai seks melalui rakan, internet dan tv? Sudah sampai masanya kita memberi maklumat yang betul kepada anak-anak. Bukan mengajar tentang seks, tetapi lebih kepada kesejahteraan dan kesihatan. 



"Kisah ibu BIASA yang amat bermakna untuk anak-anaknya"