Sayu hati saya menatap berita bayi dibuang dalam tong sampah, dalam sungai, dalam tong najis, bawah pokok... yang lebih baik adalah diletakkan di hadapan rumah atau di surau.. apakah perasaan ibu yang melahirkan anak cukup sifat tapi tiada langsung kasih sayang dalam hatinya terhadap si kecil..
Fitrah ibu adalah mengasihi anak dan menyayangi anak sejak dari kandungan.. kerana janin yang dikandung itu membesar setiap saat dan setiap minit di dalam perut ibu.. dia makan apa yang ibu makan, dia minum apa yang ibu minum, dan dia bernafas ketika ibu bernafas.. dia berkongsi segala-galanya dengan si ibu.. dia mendengar ibunya bercakap, malah dia turut merasai emosi yang dilalui oleh ibu.. Pergerakan sikecil turut dirasai setiap saat, dari awal conceived sehinggalah saat kelahiran.. malah sikecil turut dirangsang agar sentiasa 'hidup' dan merasai dunia sekelilingnya oleh si ibu.. besar sungguh NIKMAT menjadi ibu yang mengandungkan anak yang disayangi dan dinanti.
Gara-gara perbuatan songsang si ibu dan bapa, bayi yang tidak berdosa menerima padahnya. Mereka dibuang dan dibunuh tanpa belas kasihan kerana malu dengan masyarakat, orang kampung, dan takut dengan keluarga.. sedangkan ramai pasangan di luar sana yang mengharapkan zuriat dan kurnia anak. Telah hilang kasih sayang dan perasaan belas..
Menurut laporan The Star 19 Ogos 2010, sejumlah 472 telah dibuang sejak tahun 2005. 258 (54%) daripadanya telah dijumpai mati. Pada tahun ini sahaja (sehingga artikel ini ditulis) sejumlah 65 orang bayi telah diabaikan/dibuang/dibunuh. 26 orang melibatkan bayi lelaki, 25 orang adalah bayi perempuan dan 14 merupakan janin. Manakala kes yang dilaporkan pada tahun 2009 adalah sebanyak 76 kes.
Masa Untuk Bertindak.
Rasa kasihan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah sosial yang semakin merebak ini. Inisiatif kerajaan Negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah khas untuk pelajar / ibu muda seperti yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini adalah disokong. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu kerajaan untuk menyelesaikan masalah pelajar wanita yang terlanjur dan menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.
No comments:
Post a Comment