ZANA:
Assamualaikum...
Akak, Zana tengah sedih ni....
Baru tadi Zana cek keputusan KPLI.. alhamdulillah Zana dapat... daftar pada 15hb Jan 2007... di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Bandar Tun Razak...
Dulu Zana terfikir nak ambik lesen kat abang Din sebab Zana macam dah terasa yang Zana akan dapat. So, Zana nak drive sendiri... takkan nak surun Irin hantar hari2...
Tapi... tiba2 Zana dapat tau Zana 'ter'mengandung...Zana batalkan niat nak ambik lesen.. sebab orang yg interview dah cakap "jangan sampai mengandung.. kalau mengandung saya buang..." Masa tau Zana mengandung sedih juga bukannya happy... sampai Irin marah2 Zana kerana kononnya Zana macam tak dapat terima kehadiran baby baru Zana.. padahal belum tau keputusan KPLI lagi...
Zana mula cool bila rasa semua adik beradik pun mengandung... rasa seronok.. dan dah boleh terima kenyataan..lagi2 bila dengar akak dah nak bersalin.. Zana berharap sangat baby akak akan jadi semangat untuk Zana tak sabar2 tengok baby Zana.. dan Zana juga berharap bila Zana cek kat KPLI.. jawapannya GAGAL... senang sikit hati... Tapi... hari ni.. dah sah.. memang Zana BERJAYA...
Tapi kak... Zana tak boleh pergi... sebab dalam clause 5 agreement tu dah cakap..."kalau anda mengandung/belum melepasi tempoh 60 hari bersalin/mendapat kemalangan dan memerlukan tempoh rawatan yang panjang, anda tidak dibenarkan mendaftar."
Inilah... yang buat Zana sedih balik ni... kol Irin.. dari tadi tak angkat... tak tau nak cakap dengan sapa...
Zana perlukan khidmat kaunseling...
Thank you.
Zana,
akak pun sedih dengar cerita Zana tuh..
tapi jangan menyesal, semuanya dah ditentukan Tuhan Yang Esa...
mula-mula akak mengandung yang kedua pun rasa terkejut dan sedih sebab tengah belajar, nak siapkan tesis, nak final exam dan aisyah masih baby sangat.. tak boleh nak cope up rasanya..
tapi akak redha jer... dan berdoa semoga tuhan bagi kekuatan pada akak.. sebab kak pidah ingat nasihat kawan senior kak pidah, bukan semua perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak dengan selamat. lagipun anak tu membawa rezeki kepada kita sekeluarga, tu yang kpidah tenang sikit..
alhamdulillah Tuhan maha mendengar, akak dapat habiskan semuanya ikut tempoh yang ditetapkan, kalau tak, akak kena bagi surat tunjuk sebab kat JPA kenapa tak habis belajar dsb.
sebab tu akak boleh rasa apa yang zana alami sekarang...
dalam hal zana ni, akak nasihatkan zana ambik tindakan seperti berikut;
1. ambik cuti dan pegi kat tempat mendaftar KPLI tu untuk buat rayuan, bawak surat dan lain-lain yang berkaitan. kalau boleh buat appoinment dengan pegawai yang tandatangan surat atau sapa2 yang berkenaan.
2. yang penting, merayu dulu... sebab undang-undang manusia ni boleh berubah ikut budi bicara orang yang berkuasa. kalau tak boleh terus mendaftar, mintak untuk buat penangguhan sehingga lepas bersalin alasannya waktu interview dulu memang belum mengandung, lagipun ini semua kuasa tuhan, bukan kita saja2 nak mengandung... dan goreng je la alasan lain..
3. kalau dapat.. alhamdulillah, pasal lesen tu, abg din akan tolong insyaallah, asalkan zana boleh bagi masa..
4. kalau tak dapat, pun tak pe. kita fikir positif. mungkin rezeki zana takde kat situ... sebab ikut bacaan akak, ramai juga student KPLI tak dapat posting.. terutamanya yang ambil subjek yang biasa.. kecuali bagi subjek yang kritikal seperti sains, matematik dan inggeris.
5. pasrah dan redha dengan ketentuan rezeki Tuhan, itulah yang terbaik sekali selepas kita berusaha... sembahayang istikharah dan hajat untuk dapat petunjuk dari tuhan.
Akak harap sangat zana boleh bertenang dan hadapi dugaan ni dengan tenang, tuhan nak bagi zana fikir dalam keadaan dilema, takkan nak buang anak.. impossible, so jalan terbaik, terima apa saja di hadapan kita dengan redha, akak doakan zana akan dapat sesuatu yang paling baik dan sesuai untuk diri dan anak-anak.
insyaallah kalau dah rezeki zana kat KPLI tu, zana akan dapat. kalau tak dapat, zana akan dapat peluang yang lebih baik dan sesuai dengan keadaan dan kebolehan zana sekarang..cuma kena banyak bersabar dan berusaha. sekurang-kurangnya zana tahu di mana penilaian orang terhadap kebolehan dan kelayakan zana, kan.
Akak doakan semuanya akan selamat dan dapat kejayaan dunia akhirat.
selamat berusaha, bye
___________________
ZANA:
Ya Allah.. sedih dan terharu baca mesej akak...
Terima kasih banyak2... Zana akan buat apa yang akan cakap...
Akak memang layak jadi kaunselor...
Semoga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat...
Amin...
Nota: Zana sekarang merupakan seorang guru yang berdedikasi di sekolah pendidikan khas. beliau telah mengikuti KPLI setelah permohonan ke dua untuk memasuki KPLI diterima. itulah hadiah sebuah kesabaran dan pengorbanan seorang ibu..