sesekali kita baca kisah-kisah bibik ok jugak.. amacam? jom baca..
kakak:Akak belum sempat jumpa kawan zana lagi..ingat nak jumpa ahad lepas, tapi keta takde pulak. nantilah akak arrange masa lain..skandal ofis yang zana hantar tu memang teruk betul.. memalukan kakitangan kerajaan jer.. akak share dengan kawan-kawan kat sini
Adik:Kawan Zana kata takpe.... nanti akak kol dia..Amacam konvo.. ok tak... e-maillah gambar...Bibik ok..Cerita pasal bibik.. ya Allah mintak maaflah kat abang Din.. Zana pun silap tak bagitau dia nak pakai lepas pantang... tak sangka 2 3 hari dah dapat. cepatnya..Zana dulu tunggu bibik Zana lebih 1/2 tahun.. tu yg ingat susah dapat.. rupanya.. abg Din buat kerja..sesenang itu... jadi segan Zana dgn dia... Sorry ye kak... kalau kena apa-apa bayaran hari tu.. bagitau Zana...
kakak:bibik setakat ni ok jer, masak pun boleh tahan juge.. boleh order masakan jawa.. sebab kat indon dia jual makanan, sambal tempe nya sedap. dan dia jaga asyraf dengan baik. gemuk budak tu .. apa taknye asyik makan je.. disuap nestum 3 kali sehari..lepas tu pantang asyraf bukak mata, mesti terus didukung pakai kain batik..kalau kitorang pegang asyraf salah pun dia marah, kalau akak pegang asyraf dan nangis dia terus aje ambik.. macam anak dia je dibuat.. bukan apa akak pun rindu jugak nak pegang dia satu hari tak jumpa.. biasalah nangis dan merengek-rengek sikit-sikit..lagila kalau pgg baby dan aisyah jeles.. so bibik je la yang tidokan asyrafsetakat ni jaga budak akak puas hati, yang lain-lain belum nampak lah.. sebab akak buat macam ahli keluarga sendiri je.. diapun anggap kitorang ni mcm adik jebab kebersihan rumah biasa je, takdelah berkilat rumah dibersihkan. sebab kitorang nak pindah dan barang-barang bersepah. tengoklah rumah baru nanti.. akak akan pindah ke Balakong tak lama lagi..tapi tgh berhati2 juga, sebab dia kuat bersembang kt tpun dgn laki dan adik beradiknya.bibik tu demand juga.. nak cuti 2 kali sebulan dan gaji 450.. kalau cuti nak hantar dan ambil di ampang kat umh lakinya, sebab dia tak biasa jln KL.. abang din kata asalkan jaga anak saya dengan elok sudah.. lagipun dia ada laki, kitapun faham..smlm adin balik awal kul 4.00, lintang pukang dia masak.. rupanye tgh tdodia mmg kuat tdo, pg akak yang kejut dia, sebab akak nak pegi keje bdk2 dah bangun..nanti akak nak belikan jam loceng cina yang bising tu..kesimpulannya, oklah. akak doa ank2 selamat, sekurangnya dia ada, akak tak pyh pikir nak angkat baju kalau hujan kat umh.......
adik:Wah.. bestnya cerita akak..Tapi kak Zana rasa takyah bagi dia masak sgt untuk akak sekeluarga... bukan nak kata semua indon tu jahat.. cuma bab2 makanan ni paling senang dia nak puh2.. harap tak sampai ke situlah...Lagi satu baguslah.. dia mintak akak hantar dan ambik dia pegi rumah laki dia... sebab jgn sekali2 ajar dia naik bas atau tunjuk macam mana nak balik sendiri ke rumah laki dia... dan kalau boleh laki dia tak payahlah dtg rumah akak... bukan apa... takut bila dah pandai dia lari pulak... kalau dia tak pandai.. ntah2 laki dia dtg ambik plak.. sebab Zana dah terkena.. beri kebebasan pada bibik Zana keluar dan masuk..Pastu nak tanya... gaji akak bagi semua kt dia ke... Zana dulu pun bagi... tapi sebenarnya ramai orang dia tak bagi semua.. sebab kalau bagi semua dia nak lari senang.. kalau kita pegang separuh duit dia, nak lari pun mungkin dia akan pikir 10 kali... bila bibik Zana dah lari, baru tau benda2 tu semua... kengkawan Zana dan Irin pun cakap lain kali bagi sikit je.. contoh 450.. akak bagi dia 150 jer ke.. kira okla.. selebihnya akak pegang.. Kalau Indon yang dah lama kat sini diaorang memang dah pandai demand dan itu ini..so, kalau boleh akak suruh dia sain satu buku bila ambik gaji.. dia ambik banyak mana.. akak pegang banyak mana.. dia sign dan akak pun sign.. takut dia tak percaya kita.. buat 2 buku.. 1 akak pegang, 1 dia pegang.. dan lagi satu kata orang jgn terlalu layan dia sgt.. macam bercakap itu ini, dan manjakan dia.. nanti dia naik kepala.. dulu bibik Zana pun memang Zana selalu borak2 dgn dia...makan semeja.. pelawa dia makan... kalau nampak dia buat kerja lebih.. selalu suruh dia berehat.. sebenarnya cara Zana tu salah.. kalau dia rajin, biarkan.. kadang2 dia menunjuk depan kita jer...Pasal kuat tidur tu memang kak.. bibik Zana pun sama... kalau Zana bangun pagi nak gi kerja.. biasanya dia tak bangun lagi...tengahari dan petang memang biasa tido.. haikal memang ada ceriter walaupun dia 2 tak rajin sgt nak mengadu kt kami...2 tahun lepas itu...................
kakak:
hari ni lambat lagi la..
semalam pun lambat..
bos pun asyik jeling-jeling je nih..
adik:
apasal kak?
kakak:
bibik dah diberhentikan.. ada ke patut dia tinggalkan budak-budak kat umah menangis-nangis, dia pergi telefon kat kedai belakakng umah..
a din balik umah tertinggal barang... dia terserempak dengan bibik masuk ikut pintu belakang.. kantoi...
petang tu jugak berhenti kerja...
memang tak boleh percaya kat diorang nih..
adik:
apa lagi yang dia buat?
kakak:
banyak.....
1. pakai seluar dalam akak dan abang
2. malas masak, asyik suap maggi kat budak-budak
3. curi duit dalam tabung, kat bilik dan pantang lepa tertinggal duit, pasti hilang
4. suka pinjam duit dengan jiran tetangga
5. suka bergayut kat telefon
6. asyik beli top up, pastu asyik mintak duit nak top up
7. asyik nak jumpa laki...
8. sering pening kepala dengan kerenah laki yang suka beli nombor dan mintak duit serta kaki pompuan
9. pening nak layan masalah bibik....
Saturday, September 10, 2011
sembang pasal bibik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tapi kalau tak de bibik pun lagi fenin...
Post a Comment