Wednesday, April 11, 2012

kalau nak sokong anwar pun biar berpada-pada


entri aku sebelum ni: kenapa aku sokong anwar? ada kaitan dengan apa yang aku nak tulis..

lepas aku dah ber reformasi setiap malam, kawan aku kata ok.. esok ikut kitorg pergi dataran merdeka.. kita nak demo kat sana...

ok aku ikut.. nanti korang ambik aku ye.. aku memang semangat nak tegakkan keadilan.. bagi aku anwar dah teraniaya...

begitulah ceritanya sampai beberapa tahun selepas itu.. 

aku sampai bergaduh dengan kawan-kawan aku untuk menegakkan keadilan.. aku kata anwar kena fitnah.. jangan percaya dengan surat khabar dan media arus perdana ni.. semua bohong..

aku marah betul dengan orang yang sokong BN masa tu.. apa lah korang ni, politik kotor.. jatuhkan kawan sebab nak kuasa..

aku marah orang melayu sokong UMNO...

dan aku kena pencil sebab semua kawan aku ketika tu sokong umno (ops, aku dah pindah kerja kat selatan tanah air).

aku jadi tensen... apa pasal semua orang kat tempat kerja aku tak percaya dengan anwar?

jadi satu hari aku berdoa dan bertawakkal pada Allah.. ya Allah ya tuhan ku, kalau betullah anwar kena fitnah perkara yang dia tak buat, tunjukkan lah kebenaran kepada mereka semua ni.. aku dah tak berdaya nak menyatakan betapalah korang ni bodoh sokong mantan PM yang sack anwar...

tapi cerita tu dah 15 tahun berlalu...

sekarang (2012)
cerita anwar masih panas sampai sekarang, kes liwat yang baru, kes seks dengan perempuan..

mungkin betul anwar kena set up..

tapi yang aku tak boleh terima, kenapa tuduhan tersebut masih berterusan sampai sekarang? aku jadi frust...

kenapa anwar tak berusaha membuktikan yang dia tak buat semua benda tu? aku jadi frust...

kenapa aku jadi terpedaya? salah aku ke sebab sokong anwar? aku rasa tidak? dia ada ciri-ciri pemimpin yang memang aku kagumi.. 

tapi kenapa dia tipu aku? dan kawan-kawan aku? ini memang kisah tipah tertipu... 

aku ada mesej untuk anwar... sudah-sudah la tu..
bertaubatlah.. aku dan kawan-kawan aku bukan bodoh nak sokong orang yang dah memperbodohkan diri aku selama bertahun-tahun....

setiap orang ada buat kesilapan yang kecil atau besar.. bukan sorang yang buat silap, ramai dah buat silap dan kesalahan, rogol, zina, minum arak, judi, dan macam-macam lagi.. tap kalau kesalahan itu diulang, diulang dan diulang.. maknanya tiada rasa kesal dan taubat belum datang dalam hati.. so, tak guna aku sokong orang-orang macam ni....

bila aku dah terkena macam ni, aku nak pesan dengan penyokong-penyokong anwar.. aku pun dulu pernah menyokong anwar bagai nak rak.. walaupun aku ni bukan lah pemimpin atasan, atau orang yang penting dalam masyarakat, aku memperjuangkan anwar atas kapasiti aku sebagai rakyat biasa..aku bela anwar bermati-matian..

so, pesanan aku... sokong seorang pemimpin tu berpada-pada sahaja. jangan taksub sangat.. perasaan taksub tu boleh merosakkan diri kita... 

bagi aku, anwar bukan seorang pemimpin, tapi seorang yang pandai memanipulasikan perasaan dan semangat rakyat jelata seperti aku..

aku dah tertipu.

tepuk dada, tanya selera..







.

kenapa aku sokong anwar ibrahim


Note: lepas baca entri ini, wajib baca sambungannya di sini..http://gechok.blogspot.com/2012/04/kalau-nak-sokong-anwar-pun-biar-berpada.html
teringat tahun 1997, baru abis belajar.. dapat kerja kat KL Plaza, Jalan Bukit Bintang.. kerja pulak dengan syarikat Jepun, memang kena perah.. keluar subuh , balik malam.. setiap hari, 6 hari seminggu.. pendek kata tak jumpa matahari. tapi aku enjoy, happy.. x de orang kisah.. dapat gaji hantar kat mak kat kampung.

satu hari kawan aku called.. eh malam ni jom kita reformasi.. kat mana? ikut je la... 

masa tu dah kecoh satu Malaya anwar kena sack dari kabinet.. aku bengang gila.. macamana pemimpin kesayangan dan idola aku kena sack ni? ini tak boleh jadi.. aku mesti bela dan tegakkan keadilan.. ok, aku follow .. ohh ke rumah anwar rupanya...

dengan ceramah yang berapi2 dari beberapa orang, ada yang bersajak.. ada yang berlagu.. pendek kata semua menceritakan yang sedih-sedih, yang boleh meniupkan semangat benci kepada mantan PM ketika itu.. macam-macam orang yang hadir aku tengok.. ada india, ada cina, ada sikh, ada melayu, ada mat salleh.. pelancong asing pun ramai... mungkin wartawan.. ada yang ambik gambar, ada yang menangis.. semua beri perhatian pada ucapan orang kiri kanan anwar.

aku memang emo... marah dan membakar.. ada ke pemimpin hebat macm anwar kena sack, kena tuduh perkara yang sangat memalukan diri dan keluarganya, tuduhan meliwat tu fitnah yang sangat besar.. aku tak percaya...macamana seorang pemimpin yang selalu ungkapkan ayat suci al quran boleh buat macam tu? aku tak percaya..

aku bengang sebab anwar tak macam tu..
bagi aku anwar sepatutnya jadi PM.. lepas mantan PM ketika tu.. eh, anwar orang hebat.. aku x percaya dengan semua tuduhan tu...

esok malmnya aku pergi lagi.. dengan kawan aku satu kereta pulak.. dengar ceramah... satu laman rumah anwar dah semangat.. aku pun semangat.. setiap kali laungan reformasi aku sambut dengan penuh semangat..

reformasi.! reformasi.! reformasi.!

aku marah dengan kerajaan.. kenapa korang semua buat anwar macam ni?