Monday, August 6, 2012

Tips Peranakan Jatuh

petang semalam aku dan anak-anak pegi pasar ramadhan.. beli juadah buka puasa.. macam biasa, tunjuk sana tunjuk sini.. aku bawa extra beg shopping, macam giant punya.. senang nak isi barang.. tetiba si arif buat hal pulak di tengah orang ramai.. trafic da la heavy.. peak time.. orang tengah berebut beli makanan, boleh dia buat drama kat jalan tu, pusing sana, pusing sini.. sebab nak mintak dukung... ahh.. aku cubit jugak budak ni.. menangis punya kuat.. adush...


nak menghentikan situasi, aku pun angkat dia.. ah! BERATnya.. maklumlah 18kg, sure berat... dan otw balik ku rasa peranak kan ku dah jatuh...


ehem.. wanita budiman, aku rasa korang penah mengalami situasi macam aku kan.


simptom peranakan jatuh pada kaum wanita adalah seperti berikut;


1. waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
2. terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.
4. kalau kita berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan sengal.
5. cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. peha dan betis rasa kebas-kebas.


apa kata kita self check.
kalau nak sure seperti apa yang aku nyatakan, sila baring dan buat langkah-langkah seperti berikut;


1. baring lurus. jangan gunakan bantal. 
2. sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
3. gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun. 
7. kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm... peranakan anda dan jatuh...


kaedah membetulkan peranakan yang jatuh secara tradisional.
jangan cuba-cuba buat aksi ini jika anda belum kahwin lagi atau anda belum pernah melahirkan. bukan apa, selalunya masalah peranakan jatuh ni selalu berlaku pada ibu-ibu yang pernah melahirkan anak.. orang tua-tua kata peranakan kembang.. masa dalam pantang tak jaga betul-betul.. macam akulah.. melahirkan anak ikut tingkap few times.. so,    tak pernah ikat perut dalam pantang..


langkah-langkah membetulkan peranakan yang jatuh.
1. baring lurus. jangan gunakan bantal.
2. elok baring dengan posisi tapak kaki boleh jejak dinding.
3. mulakan urutan sendiri sesedap rasa.
4. bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas tundun ke sebelah atas ( ke arah pusat).
5. buat langkah 4 beberapa kali. kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
6. rehat seketika sebelum bangun.


nota penting.
oh ye.. langkah-langkah di atas hanyalah sementara. sila dapatkan pakar urut wanita terutamanya yang ada pengalaman bidan bersalin.. bukan bidan hospital yer.. bidan kampung yang tahu mengurut wanita dalam pantang...


sebenarnya pengalaman peranakan jatuh sangat berbeza dari individu ke individu lain..dan kalau anda selalu mengalami masalah tersebut, sila jumpa doktor / pakar sakit puan untuk dapat penjelasan lanjut...


klik di bawah untuk bacaan seterusnya....
PERANAKAN jatuh! Bagi kebanyakan wanita, berdepan dengan masalah itu mungkin boleh menimbulkan pelbagai perasaan termasuklah takut, risau atau mungkin tertanya-tanya kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Perasaan itu boleh jadi juga semakin bercelaru apabila mendengar beberapa cerita atau melalui sendiri pengalaman tidak menyenangkan, sehingga boleh menambahkan lagi kebimbangan dan rasa takut. Antaranya ada yang mendakwa, sentiasa rasa kembang pada bahagian pintu faraj, vagina terasa pedih dan tidak selesa, malah ada yang berdepan dengan masalah hubungan seks dengan pasangan menjadi tidak selesa.
http://www.bharian.com.my/articles/Peranakanjatuh/Article/



31 comments:

Mariyati Amin said...

Sapa yang minat posting ni boleh komen...

Unknown said...

mmg btul sakit perut sampai pinggang dan kaki..sy dah urut kali ke 2 tapi skrg masih sakit laa tatau kenapa..mayb sebb kemarin lsak sgt mein gelongsor huhuhu..akk urut tu dah naik kan 2 kali..skrg mmg cepat penat laa berdiri lama pon tak boleh sakit btul kaki..pinggang toksah citer la

Mariyati Amin said...

Bibu Wilda, kena urut lagi tuh.. kalau tak alamat tak senang duduk..

miza said...

15/2:first time mengurut. sbb bdn da penat kerja. 26 thn. thn lepas keguguran. pantang mkn cuma 2 minggu, pastu sebat mana yg dpn mata. mengurut pun tak. kelmarin, time mengurut, akak tu ckp, peranakan jatuh. sy pun tak pernah tahu yg peranakan jth. cumanya, semen suami selalu keluar apabila selesai 'bersamamu'. sakit time urut still terasa pg ni. mungkin badan baru nk menerima kesan urutan . tambah pula dgn urutan menaikkan rahim. sengalll...

Moxie Naine said...

http://aininaas.blogspot.com/2013/02/urutan-tradisional-melayu.html

:) Urutan tradisional melayu disini!

Nina-012 902 6467

TimMie said...

knapa ye klu xkawin lg xleh urut peranakan? sy ni xkawin lg tp ada masalah peranakan jatuh..huwaaa!!!

dulu slalu buat aktiviti lasak, jatuh terhentak/terduduk tu toksah kiralah..byk kali..lps setahun camtu terasa sengal2 kat lutut n betis, slalu cramp..pstu rasa cam ada sesuatu kat bukaan faraj..bidan kampung dah urut naikkan tp lps tu tolong mak kemas rumah (angkat kotak berat, etc.) dah terturun balik..camana ni..tak tolong macam kesian plak org lain bersusah payah mengemas..huhu..nak kena p urut lg...

Unknown said...

sy tengah mengalami peranakan jatuh....minggu depan nak p ngurut Kali ke 3 ngan bidan kg....harap semuanya kembali seperti biasa atau lebih baik dari dulu.....sejuk bukan main lagi....kalau dulu sy lah yg tak tahan panas.....skarang ni masuk keje je sejuk samapai ke tulang....

Unknown said...

Saya pun skg mengalami peranakan jatuh..

Takde ubat2 yg terbukti berkesan ke??sy tggal kt tpt yg susah nak cari tukang urut..

teeya said...

ape kesan kalau peranakan jatuh?punca mcm tue boleh menyebabkan xboleh mengandung ke??

teeya said...

ape kesan kalau peranakan jatuh??betul ke xboleh mengandung kalau peranakan jatuh??

Mariyati Amin said...

teeya.. yang tu kena check ngan dr lah.. tapi kalau ikut bidan kampung, tak de masalah sebenarnya.. cuma kita akan rasa tak sihat dan tak selesa setiap masa..

Mariyati Amin said...

mardiany digong.. susah jugak kalau tak de tukang urut.. saya memang x pasti ubat-ubat yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan peranakan jatuh, tapi boleh cuba utk minum air manjakani direbus setiap hari, pagi dan petang.

kalau masalah berterusan, tetap kena cari tukang urut (bidan) yang betul2 biasa handle masalah wanita dalam pantang..

ummukhadeeja said...

Sakit pada tumit juga dikaitkan dengan peranakan.Terutama bila bangun tido terasa sakit bahagian tumit menyukarkan untuk berjalan.

Lynn Damya said...

Salam, akak..takutnya.. :( sy belum kawen, tp takut lah, sbb sy ade juga rasa mcm kerap je nak buang kecil, tp dgr2 org ckp, itu sbb kncing tak lawas, tp entahlah..nk pegi urut mcm malu pulak, sbb mmg xbiasa urut2 ni, tp before kawen , klw dh jatuh mmg kena lah betulkan jugak kan? takutnya :( risau pulak..

Lynn Damya said...

and lagi satu, klw sakit pinggang tu mmg selalu, sbb sy ada masalah tulang belakang bengkok sikit.. :(

tom said...

Panduan berguna untuk wanita jadikan reference...rasa bertuah sgt jmpa blog puan

Blog Nur Balqis Qahira said...

Terima kasih atas info ni..sangat2 membantu..jemput singgah di blog saya..carilah penawar masalah kesihatanmu di sana
http://dclqahira.blogspot.com/

Blog Nur Balqis Qahira said...
This comment has been removed by the author.
Temporary Life.. said...

Org tua-tua kata buat senaman kemut..amalkan setiap pagi dan petang atau bila kita teringat. Otot-otot kita akan jadi kuat semula jadi.

Khadijah Irasha said...

knape klo blom penh berslin xleh urut...?? peranakan jatuh xikot usia kn..tp risau la sbb umor masih mude tp kesan peranakan jatuh tu da rse.(sebhagiannye shje)...xde cre lain ke nk slamatkn drpd peranakan jatuh nie..

Unknown said...

sy jg mgalami simptom2 rahim jatuh..1stly rase ssuatu dlm prut tbe2 mcm skt..lps 2 ngilu ktka buang air kcil..xboleh thn kncing,nk lakukn hbgn klamin pn xselesa..bgn tdur rse skt bhgn blkg pgang,bdn seram sejuk..

Mariyati Amin said...

sharizam kamsan: cepat-cepatlah g urut ye..

Mariyati Amin said...

Temporary Life: bagus tips tu, thanks :)

Mariyati Amin said...

ummukhadeeja : oh ye ker? banyak toksik dalam badan kan..

Mariyati Amin said...

Lynn Damya : jumpa doktor lah ye, kalau waktu kencing tu rasa sakit dan pedih, maknanya kencing tak lawas, sebab akak selalu gak cmtu, doktor selalu suruh minum air banyak.. apapun, please see your doctor :)

Unknown said...

Smlm bru lps mnugurutt.tp npe aini trase lg sngl2 tu,adeess..da lme xrasa skit n7,p akhir2 ni skit plk.seram sejuk..hurm...nk basama dgn en suami pn ase xslesa

Unknown said...

Smlm bru lps mngurut,p aini terasa sngal2 lg kt ctu...da lme saya xrase skit ni,bthun2,dlu ad gk skit,.skg ni nk tjd blik kut..bbg la jgk.seram sejuk ni

Unknown said...

Sye tak tau lah adakh peranakan saye nie jatuh or not..tp tanda2 tu ade..susah lah kt sini cari org pandai mengurut nie..

Mariyati Amin said...

memang susah nak cari tukang urut yang tahu naikkan peranakan. biasanya tukang urut main hentam saja, atau kita rasa tak serasi.. saya mencadangkan puan-puan tanya dengan orang yang lebih berpengalaman / ahli keluarga.
dan lagi satu, kalau dah urut rasa masa tak selesa, maknanya peranakan belum betul2 dinaikkan oleh tukang urut tu. so puan boleh urut sekali lagi. sebagai panduan, selalunya selepas urut dengan tukang urut yang berpengalaman, kita akan terus rasa lega dan segala simptom pun hilang :)

Unknown said...

Saya baru lepas urut sendiri.... Sakit Dan sejuk dari semalam..perut pun kembung teruk...thx god now feeling much better...Saya minum susu Dan makan biscuits dulu sebelem bangun...peranakan senang jatuh bila perut kosong...jangan buat kerja berat angkat barang n so on...I tau urut sendiri sebab tengok mak Dan tukang urut macam mana dia org urut Saya belajar sendiri dari pengalaman diri Saya sendiri dah banyak Kali jatuh ni sebab saudara I alih Kan kerusi waktu I nak duduk makan malam terus peranakan jatuh first time I Sakit gila betul...memang Susah nak cari tukang urut so I belajar sendiri n its gd for me jugak macam sekarang dah tinggal seorang n selalu travel susah kalau jatuh peranakan.....just sharing sahaja yea

Jemari Matakia said...

Saya pun alami masalah peranak jatuh.. dah peringkat ke 2... takut jadi tombong plak.. macamne ek rawatan yang saya kena buat?