sampai je lokasi, terus buat aktiviti mewarna... bukan anak-anak saja mewarna, emak juga tumpang sekaki.. malah emak yang over excited.. ok, siapkan cepat-cepat.. kita nak jalan lagi ni.. lepas tu, setiap sorang dapat cenderahati hasil kreativiti masing-masing..
memang hari ni berhajat tengok barang-barang rumah.. saja nak survey, nanti dah dapat gaji, boleh la beli.. wah cantiknya barang kat sini.. ni yang latest ke, tanya sales girl.. tak kak, yang ni lama dah.. ai.. nampak sangat yang aku jarang pegi bahagian ni..
lepas tu pegi tempat pinggan mangkuk pulak.. macam naik harga jer.. corningware, vision, entah apa-apa lagi.. ini kalau beli kat Langkawi pasti dapat murah ni.. tapi campur tiket kapal terbang, dah sohehla harga lebih kurang.. waktu ni la terfikir kalau dapat pergi kursus ke Langkawi best jugak..
aku belek satu-satu jug air yag cantik-cantik, wah memang hujung bulan nanti aku datang dan mesti beli.. sambil tu jeling juga anak-anak di hujung sana dengan amy.. and sambung melihat-lihat barang...
dah puas tengok barang, aku dengan mak cepat-cepat pergi dapatkan amy dan sambil tu tanya; amy, aisyah mana? dia ikut kakaklah... apa? mana ada? dia tak ikut kakak pun.. kenapa tak hantar dia kat kakak? kenapa biar dia jalan sendiri? sekarang, amy tunggu sini dengan budak-budak, jangan pergi mana-mana..........
sepantas kilat aku pergi cari aisyah.. pusing kat tempat pinggan mangkuk, bantal-bantal, karpet... semua tak ada. aisyah pergi mana ni?.. kepala berfikir ligat, apa nak buat ni.. anak aku pergi mana? tanya pak cik guard, abang, ada nampak budak tinggi ni, pakai baju oren? tak nampak la dik... alamak.. ini guard baru masuk kerja ke? tolong la aku.. anak aku hilang ni...
cepat cari lagi.. ok terus berjalan.. oh, dia mesti pergi kat tempat permainan tadi.. masuk kat family game area.. tak nampak kelibat budak pakai baju oren.... keluar balik... aisyah, aisyah,aisyah... panggil lagi, panggil lagi...
dalam pada tu kepala berfikir, nanti kalau suami tanya apa nak jawab ni.. anak hilang? tak masuk akal langsung.. tadi ada.. tegok-tengok dah tak ada... ok, cuba aku tengok kat depan ni.. mungkin dia ada.. owh, tak der juga... ok pegi keunter cashier, tanya..
dari jauh, aku nampak mak lambai tangan.. di sebelahnya sorang budak perempuan berbaju oren... ya allah, lemah lutut aku tengok anak aku kat sana, pegang tangan emak.. aku dapatkan emak dan aisyah, dan peluk aisyah dengan rasa bersyukur.. alhamdulillah aisyah selamat..
aisyah pergi mana tadi? kak aisyah pergi cari umi.... (dengan rasa tak bersalah..) ok, lah jom makan aiskerim, lepas tu kita balik ye..
sepanjang perjalanan balik, aku refresh balik apa yang menyebabkan kejadian tadi; dan aku buat kesimpulan..
aku asyik dengan window shopping, anak; aku bagi pembantu tengok (ini kes lalai)
lalu aku berazam.. next time kalau pergi lagi aku akan pastikan
1. anak-anak berada di samping aku, dan tidak akan aku biarkan walaupun sekejap;
2. aku akan panggil nama anak-anak aku 10 minit sekali untuk pastikan mereka ada di tepi aku;
3. aku akan layan anak-anak aku: main,main,main,main (maknanya RM,RM,RM,RM dan RM).. baru pergi beli apa barang aku nak.. so, pastikan hujung bulan jangan pergi shopping complex, sebagai alternatif, pergi ke padang permainan.. safe bajet..
4. pakaikan anak-anak dengan baju sedondon, contoh: merah, hijau florescent, biru terang, kuning, dan lain-lain lagi.. elakkan pakai baju gelap dan susah dilihat.. kalau sedondon senang nak kira.. dari jauh boleh tengok cukup korum ke tak..
5. jangan malu-malu bila bersama-dengan anak-anak.. kalau mereka lari-lari, pusing-pusing, menyorok-nyorok celah baju/ kain/ barang.. just jerit jer kuat-kuat.. biar orang dengar tak pe.. sekurang-kurangnya orang tau itu anak kita... lagi satu, budak-budak tak akan dengar kalau kita panggil perlahan, lagi-lagi mereka tengah main..kalau mereka tak mau dengar cakap, cubit.. macam biasa.. tak pe orang pandang, sebab kalau anak kita hilang pun belum tentu mereka tolong carikan...
6. lagi parah kalau bawa budak-budak dan mereka jumpa kawan-kawan sebaya kat dalam shopping complex tuh.. apa lagi satu complex tu diorang yang punya.. so, tengok sapa emak bapa diorang dan take turn jaga anak-anak, kan senang.. ini di kira community policing jugaklah...dan semangat 1Malaysia..
malam itu, aku peluk dan peluk aisyah waktu dia tidur.. aisyah, apalah akan jadi pada umi kalau aisyah hilang?.. nauzubillah
No comments:
Post a Comment