1 Mei 2011: Para pekerja cuti . Masing-masing pasti ada aktiviti yang dah dirancang pada hari tersebut.. begitu juga aku..
Aku dah plan nak jumpa kawan lama.. bertahun-tahun tak jumpa. setelah set temujanji melalui telefon, hari tu aku dengan segera ke lokasi yang dijanjikan.. aku rasa excited sangat nak jumpa kawan aku.. Dia memang antara kawan yang akrab dengan aku, sekampung… sama sekolah, bila masuk u pun, sama .. so aku memang anticipate best moments dengan dia..
Sambil tunggu dia datang.. kepala aku pun refresh balik kenangan lama.. study sama-sama.., makan sama, maklum lah tinggal sebilik, lepas sekolah menengah kami sambung belajar di tempat yang sama. Cuma lain course.. dia ambil undang-undang, aku kemanusiaan.. tak pe lah janji bidang ni boleh bantu orang lain.. tapi memang tak dinafikan dia memang seorang yang pandai.. rajin belajar..
Lepas dia call, oh.. sekarang tengah parking kereta.. tunggu kat entrance ye, aduh hati lagi berdebar-debar.. macamana lah dia sekarang.. tak sabarnya nak jumpa.. cepat-cepat lah kaki melangkah ke pintu utama… dan aku tengok kawan lama ku di sana..
Wah… M, memang masih maintain macam dulu… cantik.. dia pulak tegur aku… oii, montelnya ko PM..(ini aku punya nama glamer masa kat sekolah).. alahai, itulah moment yang paling best bila jumpa kawan yang dah 15 tahun tak jumpa..
So much to catch up.. those years memang mengasikkan.. memang tak cukup masa .. seharian bersama dengan dia, makan, sembang-sembang, shopping, siap beli jam tangan sama lagi… wah seronok betul.. sebelum balik dia ingatkan aku.. jangan lupa minum **** ye nanti cepat kurus.. supaya nampak cantik sikit.. ok, thanks.. bye.. bye..
So, we all pun berpisah.. sebelum masuk kereta masing-masing, kami janji untuk jumpa lagi.. dan sepanjang perjalanan balik ke rumah, kepala aku pun recap balik pertemuan tadi.. lain sungguh keadaan kami sekarang.. terasa sayu.. lama sungguh kenangan di sekolah dan di kampung telah ditinggalkan.. aku dah berubah.. dia juga telah berubah..masing-masing ada kehidupan sendiri.. cara hidup? Juga tak sama; tengok cara dia shopping tengahari tu, agak-gak riban-riban juga, tapi aku just tengok-tengok dan belai-belai.. bukan apa takut tak cukup bajet nak beli susu anak hujung bulan nanti..
Apapun..dia adalah sebahagian dari kisah hidup aku yang lepas.. dan sekarang dia juga masih jadi part of my life, cuma kita ada misi dan tanggungjawab yang berbeza..
No comments:
Post a Comment