Saturday, July 30, 2011

Lelaki lebih pentingkan bentuk tubuh pasangan

New York; lelaki lebih prihatin dengan bentuk tubuh pasangan mereka berbanding wanita tetapi kelihatannya mereka juga lebih menghargai keluarga, menurut kaji selidik terbaru yang dikeluarkan. Hampir seluruh lelaki yang ditanya dalam pungutan pendapat daripada 700,000 orang berkata, mereka akan meninggalkan pasangan yang bertambah berat badan berbanding wanita yang hanya 20 peratus akan berbuat demikian.

2/3 lelaki juga mengatakan mereka mengimpikan pasangan rakan mereka, manakla 1/3 wanita berpendapat begitu. walaupun lelaki lebih selesa bertemu teman wanita dalam talian (online) dan kurang peduli mengenai siapa yang menjadi temannya itu, kelakuan romantik lain terbukti tidak lapuk dimakan zaman; keperkasaan tidak terhapus, saiz memang diambil berat, dan wanita memaafkan,manakala lelaki selalu lupa,.. kata Ketua Editor AskMen, James Bassil yang melakukan pungutan pendapat itu bersama Cosmopolitan.com.

(sumber: Harian Metro, 29 Julai 2011)

No comments: