19 Mei 2011: semalam aku dapat bersembang dengan mak.. dia lahir tahun 1943, tapi umur sebenarnya 70. Mak kata proses mendaftar kelahiran dahulu boleh dilambat-lambat kan.. so asal sempat je.. tahun pun boleh tukar-tukar, sama ada nak cepat atau lambat.. so tak mustahil lah yang dia mengaku umur 70 tahun, tapi kalu ikut IC, baru 68 tahun..
Kami bertukar-tukar cerita tentang pengalaman bersalin.. mak memang super woman. Dia melahirkan 9 orang anak dan 8 orang hidup sehingga sekarang.. mak bersalin dan membesarkan anak dalam serba kekurangan. Tapi dia teruskan juga. Aku mengagungkan emak dan pengorbanannya itu.. thanks mak..
Emak pernah bersalin kembar perempuan. Dua orang. Seiras.. pengalamannya memang mengerikan.. katanya sewaktu mengandung, bidan (arwah Seri Dewi) yang memantau kesihatan mak sudah berpesan, kalau rasa sakit saja terus datang klinik dan pergi bersalin di hospital.. sebab ini kembar, tak boleh bersalin di rumah..
semua happy... wah kita dapat adik kembar, bapak kata.. tapi aku pun tak faham.. kembar tu macamana? o. baby tu dalam perut mak.. tapi macamana dia nak keluar?
Masa yang ditunggu pun sampai.. mak sakit nak melahirkan.. pusing kiri, pusing kanan, tapi baby tak keluar-keluar juga.. semua orang panic..maklumlah anak kembar… susah nak keluar.. 1 hari berlalu, mak hanya merintih… semua keliling emak kata sabar, sabar, sekejap lagi keluar…
Hari ke tiga.. masih sama.. tiada perubahan.. perut tetap sakit, air ketuban tak pecah, interaksi sangat kuat.. mak bulatkan tekad.. apa nak jadi, jadilah.. mak mandi pagi-pagi.. cuci rambut, bersihkan badan dalam keadaan sakit.. dulu mandi bukannya ada paip, mandi di kolam, jenuh nak berjalan dari bilik, rumah pulak rumah tinggi, ada tiang, turun tangga.. menapak jauh, baru jumpa kolam.. perut mak memulas-mulas…
Lepas mandi, mak cakap dengan bapak, hari ni mesti pergi hospital.. agaknya bapak baru sedar, isteri sedang kesakitan sangat.. bapak bingkas panggil bidan..
Mak ingat ketika bidan datang, semua orang senyap tak menjawab bila kena marah.. kenapa tak hantar ke klinik cepat? Kenapa tak bawa ke hospital? Kan saya dah pesan, isteri awak ni tak boleh bersalin normal.!!. dia mengandung kembar !!.. kena operate..dan bla bla …
Dengan segera ambulans datang, bawa mak pergi.. ketika itu, aku masih ingat, aku lihat jiran-jiran perempuan berpelukan dan menangis.. mereka belum pernah menyaksikan ibu akan melahirkan anak kembar sebelum ini.. kiranya mak dah ada history on her own.. lagi pulak mereka adalah kawan baik mak.. dah tentu mereka rasa sedih..
Malam itu juga mak melahirkan anak secara cesarean di Hospital Teluk Intan. eh bukan; Hospital Ipoh.
Semua orang bersyukur.. sapa doktor yang sambut mak hari itu hanya mampu berkata, Alhamdulillah makcik belum terlewat…., mak bersyukur, bapak gembira menyambut kelahiran 2 orang bayi comel.. seorang masuk incubator sebab ada jaundis.. seorang lagi sihat walafiat.. semua orang gembira..
Mak kata sakit bukan kepalang, nak batuk sakit, nak bergerak sakit, nak pergi tandas sakit… memang sakit.. masa tu panadol sahaja bekalan mak balik ke rumah selepas keluar hospital.. kalau dulu, lepas operation, kulit hanya di klip saja ( aku pun tak faham part ni), kulit di bawah abdomen dipotong secara menegak. Iaitu bermula di bawah pusat terus ke bahagian bawah. Sebab itu sebarang pergerakan akan menyebabkan kulit jadi tegang.. dan sakit.. itu pendapat mak..
itu 32 tahun yang lalu… ketika itu aku baru 6 tahun, tak tahu apa-apa.. aku cuma ingat, waktu mak balik dari hospital, mak memang tak boleh bangun.. ayik terlantar dalam bilik.. dan mak hanya merenung aku sambil matanya berair. Aku duduk sebelah mak, pegang tangan mak.. dan tak kata apa-apa, aku seronok mak dah balik dari hospital dan seronok mak ada baby baru, dua orang pulak tu.. tambahan pulak, malam tu tak payah la aku tidur dengan nenek..
kawan-kawan bapak datang berkunjung.. semua bawa hadiah, ada yang yang bawa kain, bawa buah, bawa roti, bawa biskut, bagi duit... pak alang, pak beni, pak husin, satu kampung excited... maasom dapat anak kembar perempuan.. semua orang bercerita tentangnya..
Sehingga kini, mak masih ingat pengalamannya menempuh saat-saat nak bersalin kembar.. masih segar.. dan kalau dia bercerita saat dia nak melahirkan, dia hanya mampu berkata.. itulah sebabnya mak rasa sedih bila anak-anak mak tak mahu dengar cakap, sebab mak menyabung nyawa ketika melahirkan kamu semua.. mak bersalin kamu dulu sakit sangat..
Mak, sekali lagi, terima kasih..
4 comments:
aku insaf dengan kisah2 nih ..
sejak aku bersalinkan Adibah ..
sebab masa tuh aku all alone ..
anak pertama pulak tuh .. apak sakit ..
adik beradik jauh ..
then lepas2 tuh .. bersalinkan amirah n azizah ..
mcm2 pengalaman yg aku rasa ..
semua lain2 ..
even sampai tahap aku kena operate ..
so aku dah rasa operate n bersalin normal ..
dua2 sakit yg berbeza .. yg mbataskan pergerakan ..
kesian kat mak ..
mcm2 dia buat untuk besarkan kita kak ..
semoga Allah meredhai hidup dia ..
semoga Allah ampunkan dosa dia ..
semoga amalan dia diterima ..
dulu aku degil .. sebab aku bujang lg .. n aku tak faham pengorbanan mak .. setakat sedih j la ..
tp bila aku sendiri dh jd seorang ibu ...
AKU MEMAHAMI MAK ..
alhamdulillah Allah bagi aku ujian yang sama macam mak .. duduk jauh dari suami n bela anak kecik2 .. aku frust n patah semangat tp bila ingat kisah mak membesarkan kita semua .. aku INSAF n FAHAM ..
tq buat posting nih ..
salam untuk mak yer ..
aku akan cuba turun k sana sebulan sekali ..
aku lahir kat Hosp Ipoh yer .. IPOH ..
cuba bayang .. dr Sg Tengar naik van k Teluk Intan .. then dihantar plak k Ipoh .. dgn jalan berkerikil .. sakitnyer ya amat ..
syurga di bawah tapak kaki iu..
insaf!
Post a Comment