Sunday, June 26, 2011

Kelab Isteri Taat


eh.. ni mazhab mana pulak ni?
aku tak setuju kalau isteri ni hanya berperanan melayan nafsu seks suami jer..
zaman kita ni dah berubah.. tak macam dulu lagi.. dulu ye lah, tak de hiburan.. suami-suami pulak kerja kat ladang, kat kebun, balik umah malam tak de aktiviti luar.. tv pun tak de, so seks adalah satu-satunya aktiviti waktu malam suami isteri..

bukaklah mata, suami-suami sekarang banyak aktiviti luar, bersukan, menonton movie, bersosial.. dan macam-macam lagi.. suami pun bukan hanya nak layanan seks sahaja, tapi belaian, kasih sayang, pendengar setia, penyokong moral dan material (RM lah..)

keadaan sekarang tak sama macam dulu..

tapi aku jugak tak menolak fitrah lelaki dan perempuan yang berbeza.. memang seks adalah keperluan seorang lelaki dan wanita.. kata Kelab Isteri Taat, suami perlu di layan macam atau lebih pelacur taraf pertama.. macamana tu? sebab aku pun tak pernah jumpa orang yang berkerjaya macam ni...

tapi aku agak layanan yang paling istimewa sebelum, semasa dan sesudah hubungan seks meliputi pakaian, belaian, kata-kata, rangsangan, perbuatan, forplays dan macam-macam lagi.. eh janganlah kita menyama tarafkan isteri dengan pelacur walaupun tujuan kelab nak membangkitkan semangat wanita / isteri supaya memberi layanan terbaik pada para suami mereka..
tugas pelacur first class memastikan pelanggannya puas hati dengan servis yang diberikan dan memastikan pelanggannya akan datang lagi dan mintak diservis lagi.. pelacur kelas pertama hanya mengambil pelanggan ikut kategori, bukan semua disapu tau, tengok mana bayaran paling tinggi, itu yang dilayannya... pelacur kelas pertama juga tak buat kerja lain, hanya pasang badan.. pegi manicure, buat rambut, saloon dan pusat-pusat spa...sebab dia nak pastikan setiap inci badan dia berkualiti dan disukai pelanggan..

cuba bayangkan apa yang para isteri terpaksa harungi sepanjang hari? dengan karenah anak-anak, kerja rumah, tugas di pejabat lagi.. bila orang lain dah rehat di waktu malam, isteri yang beranak kecil terpaksa bangun membancuh susu... berat tu.. esok pagi-pagi nak pergi kerja lagi... bukan hanya nak mengangkang jer kat rumah..

bab hubungan suami isteri ni kena adil.. tak boleh la nak harap isteri layan suami saja, habis kalau isteri juga tak puas dalam hubungan suami isteri, macam mana? sapa nak jawab tu? tak ada ke kelab untuk suami ditubuhkan? kalau isteri tak puas, isteri pun boleh cari makan luar... makin bertambah la masalah sosial yang kena ditangani oleh kerajaan..

sebab itu, isu ini kena diperhalusi supaya masalah rumah tangga terutama perkara dalam kelambu ni dapat disampaikan kepada semua suami isteri dengan jelas.. bukan main sembrono saja...

memang ahli-ahli kelab isteri taat pun hebat-hebat dan berpendidikan tinggi, banyak pengalaman di dalam dan luar negara, tapi isu dalam kelambu di Malaysia ni masih di tahap yang belum maju, makna kata rakyat Malaysia ni especially beragama Islam masih malu-malu nak bercakap pasal seks.. so kena lah sesuai bila nak bagi saranan tu..

aku nak tanya satu soalan, kalau layanan bertaraf first class terhadap suami diperlukan, habis, macamana pulak layanan suami terhadap isteri mereka? suami sediakan maid tak? keperluan anak-anak mencukupi tak? belanja dapur cukup ke tidak? duit saku diberi ke tidak? atau pun suami-suami memerah hasil keringat isteri? semua nak harap kat isteri untuk bayar... tak boleh la macam tu kak, nanti senget bahu kat akhirat nanti... suami-suami akan dipertanggungjawabkan kat akhirat depan Allah SWT.. sila jawab presiden kelab..

lagi satu kalau nak ikutkan pelacur first class ada rate dia, sekali service, harganya sebelah tangan...
so, berapa suami nak bayar kalau sekali seks? jgn harap lah.. bagilah mas kahwin masa nikah dulu.. itu je lah sekali dan isteri kena bagi servis free sepanjang hayat... rasional la sikit kan.. losyen cap jonsen tu pun harganya RM5.00 satu botol, bukan boleh beli dengan air liur je.. nak cantik-cantik kena la bagi modal sikit, jgn harap duit isteri jer beli bedak...

nak beli make up isteri, beli barang dapur isteri, beli susu anak isteri, habis apa suami buat?

pening betul masyarakat sekarang nih.. penuh ketidak adilan..

kalau tujuan kelab nak membendung masalah buang anak, masalah rogol, sumbang mahram dan lain-lain, kelab kena tengok dari sudut yang lebih luas dan tidak berat sebelah..

memang aku ada dengar ustaz kata Nabi Muhammad pernah bersabda yang maksudnya kalau suami mintak hatta atas / belakang unta pun isteri wajib memberi, tapi kenalah perihatin dengan masalah isteri... jgn asyik nak fikir kepuasan suami, sampai kebajikan isteri terabai.........











buku log isteri taat



nak taat suami macamana lagi? kalau nak disenaraikan tugas-tugas isteri, suami pun tak mampu nak gantikan / buat walau sehari..


Kisah A - Isteri yang bekerja (tiada pembantu rumah) :

1. kring............. jam loceng bunyi pukul 5.30 pagi, bingkas bangun terus ke dapur buat sarapan ringkas

2. 6.00 pagi - kejut anak-anak, anak-anak bukan senang nak bangun pagi.. sementara tu ambil kesempatan ke bilik air, mandi dan sembahyang subuh..

3. 6.30 pagi : siapkan anak-anak pulak

4. 7.00 pagi : siapkan barang masuk dalam kereta, isteri jugak hantar anak-anak ke nursery

5. 7.30 pagi : pergi kerja. melayan pulak kerenah bos yang tak jemu-jemu bagi kerja.... dapat pulak bos yang tak tau buat kerja sendiri, asyik suruh anak buah buat.. ai buat jadual tugasan pun tak tau? macamna la awak boleh jadi bos?

6. 5.30 ptg; balik kerja, singgah kedai dulu, beli barang dapur yang kurang. lauk, sayur, gula, garam, sabun... semua dah habis kat rumah tu.. kalau nak senang, beli je lauk dah siap masak... tapi suami komplen pulak tak nak makan lauk kedai..

7. 6.15 ptg: ambil anak-anak di nursery. sampai jer rumah, mandikan anak-anak.. salin baju tidur.. sambil tu baju-baju kotor semua masuk mesin basuh dan basuh.. dan mak ambil kesempatan sembahyang asar. lepas sembahyang asar, masuk dapur.. siapkan makan malam, suap anak-anak.. bukan senang jugak nak suruh anak-anak makan.. siap pujuk nak bawa jalan-jalan hujung minggu nanti...

8. 7.30 mlm: sembahyang maghrib, lepas tu ajar anak-anak mengaji... terus sembahyang isya'

9. 9.00 mlm: capai sapu / vakum.. bersihkan rumah yang dah berhabuk seharian ditinggalkan..

10. 9.30 mlm; gosok baju pulak, kadang-kadang buat hujung minggu jer.. gosok baju untuk satu minggu punya stock... tapi baju yang manja, berkedut jugak... so kena ulang gosok lagi.. itu tak kira baju anak-anak dan suami, especially baju-baju sekolah..

11. 10.30 mlm: lipat baju yang dah dibasuh.. sambil tu mata mencuru-curi tengok cerita di tv..

12. 11.00 mlm; angkat anak-anak ke bilik tidur, pastikan ubat nyamuk terpasang.. kalau anak-anak tidur awal baguslah, kalau tidur lewat.. hmmm jenuhnlah maknyer..

13. 11.30 mlm: baru masuk bilik tidur.. rasa sakit stu badan, letih... mata mengantuk.. baringkan badan atas katil.. baru nak terlelap.. tiba-tiba ops... barang-barang anak untuk ke nursery esok tak siap lagi.. so bangun dari katil dan capai baju, botol susu, kain bersih dan masukkan dalam beg.. letak kat ruang tamu.. esok pagi senang..

14. 12.00 mlm: hah isteri baru boleh rehatkan badan.. ahhh suami pulak nak layanan bagaikan seorag pelacur kelas pertama?


Kisah B - housewife

1. 5.30 pagi, bingkas bangun terus ke dapur buat sarapan

2. 6.00 pagi - kejut anak-anak, mandi dan sembahyang subuh..

3. 6.30 pagi : siapkan anak-anak nak ke sekolah

4. 7.00 pagi : siapkan barang suami pulak, baju, stokin, bekal makanan... then layan suami dan anak-anak dimeja makan

5. 7.30 pagi : suami dah pergi kerja, anak dah pergi sekolah.. terus kemas bilik tidur yang bersepah dengan baju-baju suami dan anak-anak.. cuci bilik air, basuh baju-baju yang melonggok macam jabal nur

6. 8.30 pg; anak yang kecil mulai bangun.. riuh rumah dengan tangisan babies... ada yang nak main pagi-pagi, ada yang nak susu... hai.. sabar je la emak melayan anak-anak.. mandikan anak-anak, siapkan diorang dan suap sarapan pagi.. lepas tu jemur baju, sapu rumah, vakum, mop lantai... ah penatnya.. rehat sekejap..

7. 10.00 pg: beli ikan, sayur dan barang dapur di kedai berdekatan.. kalau nasib baik, ada orang lori sayur lalu depan rumah.. kalau tak alamat jauh la langkah....

8. 12.30 tgh: dah siap masak, tunggu anak-anak balik sekolah, siapkan makan tengahari... lepas tu siapkan anak-anak untuk sekolah kafa pulak.

9. 3.00 ptg: tak rehat lagi.. sebab baju-baju masih tak lipat.. so, isteri pun melipat baju yang menggunung tinggi sambil melayan kerenah anak-anak kecil... nak kencinglah, nak berak lah.. nak susulah... macam-macm permintaan si anak-anak...

10.5.30 ptg; siapkan minumpetang sebab kejap lagi suami balik rumah.. walaupun cuma biskut kering dan teh o, at least something...

11. 6.00 ptg: siapkan anak-anak, mandikan, pakaikan baju yang cantik.. lepas tu mak pulak bersiap.. sembahayang asar dan tunggu husband balik..
anak-anak balik sekolah.. wah bau dah macam tong sampah.. so cepat-cepat suruh mereka mandi sebelum emak pengsan, suami balik, so cepat-cepat buat apa yang patut.. nak minum yang? ke nak mandi dulu?.. eh cam ni pun tak taat lagi ke?

12. 7.00 mlm; siapkan makan malam.. suami pulak duduk depan tv, atau depan komputer, ber fb... cantik muka.. bengang betul..

malam - siapkan makan malam, kemas dapur.. sambil tu mulut tak berhenti beri arahan pada anak-anak, jg main sini, nanti jatuh.. abang.. cepat baca buku, buat kerja sekolah.. mak yang ni nak buat macamana? abang tak fahamlah.. apa lagi isteri pun kena tunggu anak buat kerja rumah.. ah susah jugak subjek budak-budak sekarang.. nak ajar anak-anak bermakna mak kena belajar dulu...

13. 11.30 mlm: baru masuk bilik tidur.. rasa sakit stu badan, letih... mata mengantuk.. baringkan badan atas katil.. baru nak terlelap.. tiba-tiba ups... suami nak kena layan jugakkk... layanan first class... eh tak tau ke isteri dah kerja satu hari nonstop? isteri pun penat jugak tau..


gaji isteri?

sekarang cuba kira, kalau setiap minit dikira, 18 jam isteri tak bekerja di rumah, berapa ringgit dia dapat sehari? let say, kita kira purata gaji part timer di kedai buku / kedai serba nika / fast food restaurant ( RM 4 sejam) .. so kadar tu kita guna untuk bayar gaji para house wife.. RM 4 x 18 jam = RM 6o sehari x sebulan ? kira-kira RM 1200 sebulan.. itu tak kira OT lagi.. oh.. bayaran layanan kepada suami bertaraf pelacur kelas pertama anggaran RM 500 ke atas sekali servis, kalau dah tiap-tiap hari kecuali hari period... cuba bayangkan berapa isteri dapat..

mampu ke para suami? kalau berani ha, bayar la gaji isteri awak...

kalau tak mampu, so start la bersyukur dengan pengorbanan yang telah dibuat oleh para isteri tak kira isteri awak tu bekerja atau tidak.. yang pasti awak tidak akan mampu membayar setiap peluh yang mengalir untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak tanpa rasa jemu dan bosan setiap hari..


Macam-Macam Cara Nak Tutup Maksiat



Ubat Tutup Aib Maksiat


Ipoh: Pihak berkuasa kini melakukan pemantauan serius terhadap kemasukan sejenis ubat gastrik yang diseludup dari Indonesia yang disalahgunakan untuk menggugurkan kandungan. Ubat yang dikenali sebagai pil tuntas itu dikatakan digunakan secara meluas oleh wanita warga Indonesia yang bekerja di negara ini untuk menggugurkan kandungan apabila mereka hamil luar nikah.

Sumber Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, pil tuntas itu menjadi pilihan mereka kerana harganya murah iaitu kurang RM10 satu biji. "Bagaimanapun pil itu yang diambil secara berlebihan untuk menggugurkan kandungan amat merbahaya kerana boleh menyebabkan berlakunya pendarahan teruk, muntah, pening hingga membawa maut," katanya. Menurutnya, Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM mengesan penularan pil berkenaan selepas mendapat maklumat berhubung penggunaannya di kalangan wanita negara jiran selepas mengandung akibat terbabit dengan kegiatan maksiat atau pelacuran.

"penyebaran pil gastrik ini yang turut popular dengan panggilan pil 'tuntas' di kalangan warga asing menyamai pil perancang keluaga yang sebelum ini turut diseludup masuk secara besar-besaran dari negara jiran" katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya,penularan pil gastrik utu diberi perhatian serius bukan saja oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, malah turut diambil perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru-baru ini turut mendapatkan pandangan isu berkanaan daripada KKM.

Sumber itu berkata, kajian pihaknya mendapati pil tuntas mengandungi bahan kimia dikenali sebagai misoprostol yang mampu menyebabkan rahim mengecut, sekaligus mengakibatkan ketulan janin gugur secara tanpa kawalan.

"Bagaimanapun pengedaran pil tuntas tidak meluas dan masih dikawal di negara ini," katanya. Menurutnya, bukan semua jenis pil gastrik boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengguna, sebaliknya hanya pil yang mengandungi misoprostol dan jika ia diambil secara berlebihan.

(artikel ini dipetik dari Harian Metro, 24 Jun 20011)

Monday, June 13, 2011

kahwin muda?

12 Jun 2011: Cuti minggu ini aku manafaatkan dengan menghabiskan masa bersama anak-anak dan mak.. selepas sarapan, aku ambil kesempatan membaca surat khabar Utusan Malaysia.. ada artikel yang sungguh menarik perhatianku.. pasangan berkahwin muda di India, Yaman dan satu lagi negara aku lupa di mana.. dengan gambar-gambar yang dipaparkan, aku merasa sungguh insaf.. kanak-kanak perempuan baru berumur 5 tahun dan pasangannya baru berusia 10 tahun.. apalah yang mereka tahu? kanak-kanak perempuan itu hanya merenung ke arah jurukamera tanpa sebarang ekspresi..

ada lagi kisah seorang remaja berusia 14 tahun yang sedang memandikan anaknya dan disampingnya seorang lagi anaknya berusia 2 tahun.. itu kisah di India..

Di Yaman pula, kelihatan seorang remaja berusia 16 tahun yang meronta-ronta ketika mahu dihantar ke rumah pengantin lelaki.. dan paling sedih aku lihat 2 pasangan pengantin yang baru berusia 6 tahun dan pasangan pengantin lelaki berumur 25 tahun... kejam betul ibu bapa mereka.. budak perempuan itu baru belajar kemahian sosial, nak berkawan, nak bermain, nak pergi sekolah.. tapi akhirnya dah dikahwinkan dan kekal jadi isteri sampai bila-bila...

aku kongsikan kisah tersebut dengan mak.. maklumlah mak baca pun merangkak-rangkak, jadi aku ceritakan kisah tersebut dengan penuh perasaan.. dan emosi.. mak pandang ke arah aku dan tiba-tiba air matanya mengalir...

mak, kenapa mak? kenapa mak tiba-tiba sedih? sebenarnya mak teringat kisah mak dulu.. mak pun kahwin ketika usia mak baru 11 tahun.. aku terpaku seketika.. macamana aku boleh lupa mak pun kahwin di usia muda? semua orang tahu mak kahwin ketika dia belum punya kad pengenalan pun.. tapi kami tak pernah tahu apa yang dia rasa sebenarnya..

mak bertunang sewaktu umur 8 tahun dengan saudara mak yang tinggal berjiran.. arwah nenek dan datuk yang uruskan.. waktu itu mak masih belajar mengaji dengan seorang guru yang juga tinggal berjiran.. mak tak setuju ketika dikahwinkan tapi mak tak berdaya dan tak boleh buat apa-apa.. mak menurut saja.. mak takut dengan arwah nenek yang garang dan akan piat dan cubit kalau mak tak menurut kata.. semua perasaan mak pendam sehingga hari ini..

aku pegang tangan mak.. menyesal juga aku bercerita tentang kisah di akhbar hari ni kepada mak.. mak pandang aku dan berkata; mak menyesal kahwin di usia muda.. mak tak dapat buat apa yang kawan mak buat, pergi belajar, belajar menjahit, jumpa kawan-kawan.. dunia mak hanya di dapur, di kebun, dan mak hanya belajar di sekolah dewasa.. waktu di sekolah dewasa pun kawan-kawan mak ejek mak.. sebab dah kawin.. mak tak dapat belajar jadi misi, sebab nenek kata kalau dah kahwin, semua suami sediakan.. mak kecewa.. pada waktu itu, mak ada peluang untuk jadi misi.. sebab kerajaan tengah bagi latihan untuk orang perempuan jadi bidan dan misi..

kahwin awal pun bukan sampai akhir jodoh mak.. akhirnya bercerai juga.. itu kata mak.. aku bertambah insaf..

itulah sebabnya mak berdoa setiap hari supaya kamu kahwin bila kamu dah berusia.. mak tak mahu kamu tersiksa macam mak.. mak mahu kamu belajar, bekerja dan dapat jumpa kawan-kawan.. selama ini ada orang kampung cakap anak-anak mak tak laku.. dah besar panjang pun tak kahwin-kahwin.. tapi itulah sebenarnya doa mak setiap hari..

ya.. Tuhan makbulkan doa mak.. anak-anak perempuan mak kahwin ketika usia kami dah di akhir 20-an.. aku sendiri kahwin diusia 29 tahun... dan mak tak pernah tanya bila nak kahwin, dah ada boyfriend ke belum, nak mak carikan ke? tak pernah.. rupanya mak ada simpan satu kisah yang hari ini baru dia luahkan..

mak , kisah mak jadi panduan untuk aku dan keluarga aku..



Friday, June 10, 2011

survival datuk nenek kita


10 Jun 2011 : Semalam mak tidur lewat. Kami berbual-bual sambil mengenangkan kisah dulu-dulu.. dulu hidup susah.. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. arwah nenek dan datuk dulu kena kerja kuat.. pagi pergi kebun, tanam pisang, tanam koko, tanam kelapa.. petang pun sama. lepas asar kena cari rumput untuk beri pada kambing.. hidup orang dulu asyik di kebun saja..

kalau kerja di kebun dah habis, arwah nenek akan tanam ubi, pisang, keledek dan keladi di tepi tebuk ( kalau ikut orang JAWA, tebuk tu refer pada tanah kat nun depan jalan utama sebelum sampai kat rumah).. biasanya ada rizab tanah untuk jalan dan tebing parit / tali air.. tanah tu boleh ditanam segala pokok yang jangka masanya pendek macam pokok cili, sayur-sayuran dan sebagainya..



mak kata arwah datuk adalah perantau dari tanah Jawa.. datang ke Malaysia dan meneroka kampung.. dia kahwin dengan nenek dan dikurniakan 2 orang anak lelaki dan perempuan.. mak kata walaupun anak cuma dua, mereka bekerja sangat kuat.. membanting tulang pagi dan petang. begitu sukarnya mencari sesuap nasi..

mak jugak kata, berbaloi nenek tolong arwah datuk kerja dan membanting tulang.. aku tanya kenapa? sebab arwah datuk akan serah semua hasil kebun pada isterinya untuk diuruskan.. wah ini sudah tentu bagus.. nenek jadi menteri kewangan.. lepas tu datuk akan belikan nenek rantai, gelang dan cincin, baki duit nenek simpan bawah bantal, bawah tikar, dalam gulungan kain batik dalam almari dan kat mana-mana yang selamat.. dulu tak de bank macam sekarang. jadi simpan duit kat rumah la..kalau tengah sesak, senang nak withdraw, tak payah beratur.. hulur tangan bawah bantal dah dapat duit..

waktu susah, mungkin tanaman tak menjadi, atau hasil kebun tak dapat lagi.. rantai, gelang atau cincin boleh dijual untu beli makanan.. tapi mak kata selalunya emas-emas tersebut dijual untuk beli tanah.. ini investment yang bagus..orang dulu mana ada beli kereta, atau barang perhiasan rumah.. tapi mereka beli tanah sawah & tanah kebun.

arwah datuk juga ada sebidang tanah sawah.. tapi datuk bagi org jaga.. guna sistem pawah.. maknanya keuntungan hasil setelah ditolak dengan kos modal akan dibahagi dua, untuk datuk 1 bahagian dan pemawah 1 bahagian.. ooo macam tu rupanya.. aku tanya kenapa tak kerjakan sendiri? mak kata tak menang tangan.. lagipun sawah jauh dari kampung, susah nak memantau...kerja kebun banyak..

kata mak; orang dulu mana ada maid / pembantu rumah.. semua kerja rumah isteri buat sendiri.. sebelum pergi kebun, isteri kena siapkan sarapan, masak lauk nasi, masak lauk tengahari.. lepas tu tapau pergi kebun.. kalau ada anak kecil, so kena bawa ke kebun sekali.. kalau masih baby, kena gendung.. (maknanya kena dukung lah)..

adus.. macamana ye nak ke kebun bawa anak? tapi itulah hakikatnya survival orang dulu-dulu...










Tuesday, June 7, 2011

tips mendidik anak remaja






kisah bayi dibunuh dengan kejam..
umpama manusia tiada pertimbangan akal yang waras..
apabila nafsu mengatasi aqal
jadilah begini.. nasib si bayi yang tidak berdosa..



apalah salahnya...
dia tidak minta dilahirkan ke dunia ini..
tapi,
ibubapanya lah yang salah dan tidak berhati perut..



bukan satu..
tapi tiga kes (HM, 2 Jun 2011)
ini dah melampau..
mana peri kemanusiaan kita?




bukan setakat buang dari bangunan tinggi,
malah buang dalam sungai juga...




yang ini pun angkara salah laku..
mungkin malu, takut..
bila terlanjur
takut nak bertanggungjawab..





apa tindakan kita?
  1. pastikan anak-anak kita dalam keadaan selamat
  2. sensitif dengan perubahan fizikal dan psikologi anak-anak
  3. sentiasa berbicara dengan anak-anak
  4. ambil tahu aktiviti mereka
  5. sentiasa sport check bilik anak-anak
  6. didik dengan ajaran agama dan nilai-nilai murni
  7. kenali rakan-rakan mereka
  8. tegah anak-anak melepak di luar sehingga larut malam atau di hujung minggu
  9. masukkan anak-anak dalam kem yang syang bermakna seperti khemah ibadah, summer camp, camp motivasi anjuran jabatan kerajaan atau swasta
  10. jemput rakan-rakan anak ke rumah
  11. ketahui kesukaan anak-anak, dan bimbing mereka untuk pilih hobi yang positif
  12. asuh anak-anak dengan pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata
  13. jangan mempercayai 100% orang sekeliling anda; mereka mungkin akan mengambil kesempatan di atas kelemahan anak-anak anda
  14. kerap berjumpa dan berbincang dengan guru kelas atau guru kokurikulum mengenai prestasi anak-anak di sekolah
  15. beri galakkan kepada anak untuk memilih bidang atau kemahiran yang mereka sukai
  16. sentiasa solat berjamaah dengan anak-anak
  17. bina hubungan yang mesra dengan mereka
  18. jauhi sikap suka membandingkan antara satu anak dengan anak yang lain
  19. beri ganjaran kepada tingkahlaku anak yang positif seperti pujian, hadiah yang setimpal dan pelukan sayang
  20. beri hukuman apabila anak melakukan kesalahan
  21. buat peraturan di rumah dan mstilah diikuti oleh semua termasuk ibu bapa
  22. remaja lelaki dan remaja perempuan mempunyai kesukaan berbeza, so up to date!
  23. pastikan setiap butir perkataan yang diucapkan oleh anak setiap hari, itu mungkin pengalaman mereka pada hari tersebut yang sangat signifikan untuk mereka
  24. harta melimpah ruah tidak menjamin kesejahteraan anak, jadi berhati-hatilah dalam memberikan kemewahan dan kesenangan kepada anak

kesejahteraan keluarga bermula di rumah.

sayangi diri dan keluarga kita




Wednesday, June 1, 2011

kakak nak jadi Rapunzel



kadang-kadang kita hilang kata-kata bila berhadapan dengan kerenah anak-anak yang sedang membesar... setiap patah perkataan dan tingkahlaku mereka evolve dari satu peringkat ke satu peringkat tanpa kita sedari.. teringat waktu belajar developmental psychology... Dr Shamsur Rehman menjelaskan bahawa perkembangan psikologi dan fizikal seseorang berubah dengan pantas bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa.. proses yang berterusan sepanjang hayat..TQ Dr, banya perkara baik yang Dr telah sampaikan dulu..

kita selalu tercari-cari kaedah paling sempurna mendekati anak-anak yang sedang membesar.. macamana nak react kalau anak buat salah.. macamana nak response kalau anak tanya soalan yang bertalu-talu.. mendidik anak kena belajar, bukan sembrono saja.. belajar pun kena tengok gurunya.. yang paling mudah kita imitate cara ibubapa membesarkan dan mendidik kita.. selalunya kita akan terbiasa dengan kaedah didikan yang semacam itu, lantas diaplikasikan dalam keluarga kita..tak semuanya berjaya, kerana suasana dan keperluan sekarang jauh berbeza dengan keadaan kita sewaktu kecil dahulu.. jadi ilmu management boleh digunakan juga; change in order to be relevant!!!

Aisyah baru-baru ini telah buat hal .. so ayahnya teramat marah lantas memanggil aisyah untuk didenda.. namun, aku boleh baca hatinya, dia tak jadi mendenda, sebab tak sampai hati.. tapi dileteri si Aisyah dengan ayat-ayat bombastik.. terkulat-kulat Aisyah nak memahami butir-butir percakapan ayah.. si ayah kata; janji tak buat lagi? janji.. jawab Aisyah.. janji? ulangnya sekali lagi.. janji jawab si Aisyah lagi..

tapi si ayah masih tak puas hati... matanya merenung tajam si Aisyah.. sambil tu mulut tetap memarahi si anak.. berjurai-jurai air mata si Aisyah, ketakutan.. kesedihan.. aku pulak duduk di sebelah suami memberi sokongan pada si Aisyah.. at least dia tahu, umi ada disampingnya ketika dia dalam keadaan sedih..

tiba-tiba si ayah berkata, kenapa buat macam ni? ayah dah cakap banyak kali tetap jugak nak buat benda yang ayah tak suka...kalau macam ni, besok besar nak jadi apa? (sambil besarkan mata dan tenung si anak).. aku di sebelah dah agak si anak akan jawab.. saya nak jad doktor gigi... sebab itulah yang dia tahu pun.. walaupun tak faham tugas sebenar seorang doktor gigi..

namun, jangkaan ku meleset.. dengan nada kesedihan dan juraian air mata, si Aisyah menjawab perlahan-lahan.. kakak nak jadi RAPUNZEL...
apa? aku tanya Aisyah untuk kepastian... dia tetap menjawab: kakak nak jadi RAPUNZEL...

apa lagi berderailah ketawa aku dan suami mendengarkan jawapan si Aisyah... hati yang marah jadi hiba dan lucu.. sungguh suci jawapan anak ku..dia tak faham si Repunzel hidup tersiksa di dalam menara. jauh di hutan tanpa teman.. tapi yang dia faham, Repunzel ada rambut yang panjang dan sungguh cantik.. kebetulan rambutnya juga panjang... jadi dia menyamakan dirinya seperti Repunzel..

aduh.. kadang-kadang kerenah inilah yang menjadikan aku terus hidup ceria dan bersemangat menempuh segala macam dugaan.. asalkan aku melihat anak-anak ku membesar dengan gembira dan sihat..

akhirnya aku dan suami peluk Aisyah silih berganti.. dalam hati kecil ku berkata; Repunzel pun bolehlah....


cantik si Repunzel



Repunzel dan rakan-rakan...