Monday, June 13, 2011

kahwin muda?

12 Jun 2011: Cuti minggu ini aku manafaatkan dengan menghabiskan masa bersama anak-anak dan mak.. selepas sarapan, aku ambil kesempatan membaca surat khabar Utusan Malaysia.. ada artikel yang sungguh menarik perhatianku.. pasangan berkahwin muda di India, Yaman dan satu lagi negara aku lupa di mana.. dengan gambar-gambar yang dipaparkan, aku merasa sungguh insaf.. kanak-kanak perempuan baru berumur 5 tahun dan pasangannya baru berusia 10 tahun.. apalah yang mereka tahu? kanak-kanak perempuan itu hanya merenung ke arah jurukamera tanpa sebarang ekspresi..

ada lagi kisah seorang remaja berusia 14 tahun yang sedang memandikan anaknya dan disampingnya seorang lagi anaknya berusia 2 tahun.. itu kisah di India..

Di Yaman pula, kelihatan seorang remaja berusia 16 tahun yang meronta-ronta ketika mahu dihantar ke rumah pengantin lelaki.. dan paling sedih aku lihat 2 pasangan pengantin yang baru berusia 6 tahun dan pasangan pengantin lelaki berumur 25 tahun... kejam betul ibu bapa mereka.. budak perempuan itu baru belajar kemahian sosial, nak berkawan, nak bermain, nak pergi sekolah.. tapi akhirnya dah dikahwinkan dan kekal jadi isteri sampai bila-bila...

aku kongsikan kisah tersebut dengan mak.. maklumlah mak baca pun merangkak-rangkak, jadi aku ceritakan kisah tersebut dengan penuh perasaan.. dan emosi.. mak pandang ke arah aku dan tiba-tiba air matanya mengalir...

mak, kenapa mak? kenapa mak tiba-tiba sedih? sebenarnya mak teringat kisah mak dulu.. mak pun kahwin ketika usia mak baru 11 tahun.. aku terpaku seketika.. macamana aku boleh lupa mak pun kahwin di usia muda? semua orang tahu mak kahwin ketika dia belum punya kad pengenalan pun.. tapi kami tak pernah tahu apa yang dia rasa sebenarnya..

mak bertunang sewaktu umur 8 tahun dengan saudara mak yang tinggal berjiran.. arwah nenek dan datuk yang uruskan.. waktu itu mak masih belajar mengaji dengan seorang guru yang juga tinggal berjiran.. mak tak setuju ketika dikahwinkan tapi mak tak berdaya dan tak boleh buat apa-apa.. mak menurut saja.. mak takut dengan arwah nenek yang garang dan akan piat dan cubit kalau mak tak menurut kata.. semua perasaan mak pendam sehingga hari ini..

aku pegang tangan mak.. menyesal juga aku bercerita tentang kisah di akhbar hari ni kepada mak.. mak pandang aku dan berkata; mak menyesal kahwin di usia muda.. mak tak dapat buat apa yang kawan mak buat, pergi belajar, belajar menjahit, jumpa kawan-kawan.. dunia mak hanya di dapur, di kebun, dan mak hanya belajar di sekolah dewasa.. waktu di sekolah dewasa pun kawan-kawan mak ejek mak.. sebab dah kawin.. mak tak dapat belajar jadi misi, sebab nenek kata kalau dah kahwin, semua suami sediakan.. mak kecewa.. pada waktu itu, mak ada peluang untuk jadi misi.. sebab kerajaan tengah bagi latihan untuk orang perempuan jadi bidan dan misi..

kahwin awal pun bukan sampai akhir jodoh mak.. akhirnya bercerai juga.. itu kata mak.. aku bertambah insaf..

itulah sebabnya mak berdoa setiap hari supaya kamu kahwin bila kamu dah berusia.. mak tak mahu kamu tersiksa macam mak.. mak mahu kamu belajar, bekerja dan dapat jumpa kawan-kawan.. selama ini ada orang kampung cakap anak-anak mak tak laku.. dah besar panjang pun tak kahwin-kahwin.. tapi itulah sebenarnya doa mak setiap hari..

ya.. Tuhan makbulkan doa mak.. anak-anak perempuan mak kahwin ketika usia kami dah di akhir 20-an.. aku sendiri kahwin diusia 29 tahun... dan mak tak pernah tanya bila nak kahwin, dah ada boyfriend ke belum, nak mak carikan ke? tak pernah.. rupanya mak ada simpan satu kisah yang hari ini baru dia luahkan..

mak , kisah mak jadi panduan untuk aku dan keluarga aku..



No comments: