Ubat Tutup Aib Maksiat
Ipoh: Pihak berkuasa kini melakukan pemantauan serius terhadap kemasukan sejenis ubat gastrik yang diseludup dari Indonesia yang disalahgunakan untuk menggugurkan kandungan. Ubat yang dikenali sebagai pil tuntas itu dikatakan digunakan secara meluas oleh wanita warga Indonesia yang bekerja di negara ini untuk menggugurkan kandungan apabila mereka hamil luar nikah.
Sumber Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, pil tuntas itu menjadi pilihan mereka kerana harganya murah iaitu kurang RM10 satu biji. "Bagaimanapun pil itu yang diambil secara berlebihan untuk menggugurkan kandungan amat merbahaya kerana boleh menyebabkan berlakunya pendarahan teruk, muntah, pening hingga membawa maut," katanya. Menurutnya, Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM mengesan penularan pil berkenaan selepas mendapat maklumat berhubung penggunaannya di kalangan wanita negara jiran selepas mengandung akibat terbabit dengan kegiatan maksiat atau pelacuran.
"penyebaran pil gastrik ini yang turut popular dengan panggilan pil 'tuntas' di kalangan warga asing menyamai pil perancang keluaga yang sebelum ini turut diseludup masuk secara besar-besaran dari negara jiran" katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya,penularan pil gastrik utu diberi perhatian serius bukan saja oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, malah turut diambil perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru-baru ini turut mendapatkan pandangan isu berkanaan daripada KKM.
Sumber itu berkata, kajian pihaknya mendapati pil tuntas mengandungi bahan kimia dikenali sebagai misoprostol yang mampu menyebabkan rahim mengecut, sekaligus mengakibatkan ketulan janin gugur secara tanpa kawalan.
"Bagaimanapun pengedaran pil tuntas tidak meluas dan masih dikawal di negara ini," katanya. Menurutnya, bukan semua jenis pil gastrik boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengguna, sebaliknya hanya pil yang mengandungi misoprostol dan jika ia diambil secara berlebihan.
(artikel ini dipetik dari Harian Metro, 24 Jun 20011)
No comments:
Post a Comment