Friday, June 29, 2012

sedap sekejap



Sumber: Harian Metro
Peringatan kepada kaum wanita dan gadis.. berhati-hatilah bila berkawan dengan lelaki.
kalau saya kata kaum lelaki ni kebanyakannya suka ambil kesempatan. nanti orang lelaki marah pulak.. tetapi hakikatnya memang lah macam tu...

Lelaki ni tiada apa yang difikirkan kalau dapat kawan dengan perempuan..
yang itu sahaja yang dimahukannya..
mulanya CINTA, SAYANG, KASIH dan bla bla bla
lepas tu bila berdua-duaan dah tak boleh nak kawal nafsu..
akhirnya terjadilah adegan-adegan yang dilarang ALLAH dan rasulNYA..

tak percaya? ha cuba lah...

kalau bukan awak yang menyesal nanti..jangan kata awak terpedaya lah.. tertipu lah.. 

sebab itu, kalau ada boyfriend aka kekasih, pastikan kalau nak dating jangan berdua sahaja.. angkut sekali kawan-kawan, adik beradik dan saudara mara.. biar penuh satu bas.. mereka akan pastikan awak selamat.. sebab, awak mesti jangan percaya kepada diri sendiri.. syaitan banyak.. confirm awak akan tergoda dengan pujuk rayu teman lelaki awak.. 

lagi satu, awak semua kena ingat, seks ni perkara yang mengasikkan dan menagihkan... kalau awak suka, pasti awak akan ketagih dan awak nak lagi. nak lagi. dan nak lagi..
so, sebelum awak ketagih, lebih baik awak tak payah cuba.. kalau dah ketagih, bukan kekasih aka boyfriend awak yang mintak nanti, saya pasti, awak yang akan menawarkan diri...

sorilah.. saya agak terbuka sikit pasal hal ni.. saya sangat prihatin dengan nasib gadis dan wanita yang terpedaya dengan godaan sedap sekejap...takut awak-awak semua hilang pedoman, lupa diri dan tanggungjawab.. so sebelum terkena, better berhati-hati dan berwaspada...

tak salah ada boyfriend.. tetapi kena pandai jaga diri.. maksud jaga diri itu ialah;
1. jangan keluar berdua sahaja.
2. jangan tinggal di rumah berdua sahaja.
3. sering beritahu emak dan ayah ke mana awak nak pergi. dan beritahu pukul berapa awak nak balik.
4. jangan pakai pakaian yang menjolok mata. eh.. ada kes yang bertudung litup dan pakai jubah pun masih buat perkara tak senonoh... 
5. bottom line is; jangan berdua-duaan sahaja.. sebab orang yang ketiga adalah syaitan..

tolonglah jaga kedaraan awak dan kehormatan awak... 
berilah ianya kepada suami awak yang sah.. 
jangan menyesal di kemudian hari.. sebab sekarang saya dah bagitau awak semua.. sedapnya sekejap saja.. tapi awak akan menyesal sampai bila-bila..

Jangan pulak awak kata awak tak tau!!!

Forum isteri-isteriku gangster



Kisah 1:


:( pg ni umah tutup, kete xdek.. Kompom dia anto anakny sdiri. Kalo bcerita psl dia, x abih rasany..Aku p melawat dia, dia ckp dia kna anto anak sbb itu la masa dia dpt tgk dunia luar, dgn karenah suami yg lgsung x nak mkn mknan luar, ari2 msk, tiba cuti sek dia mmg sedih. Anak2 lgsung x reti nak tlg.. Tp... Bila ku perati, dia yg x bg peluang anak tlg.. Dia manjakn anak2.. Ntah la.. Pengalaman aku skrg dah jd drebar anak dia, baru aku sedar.. Yer la.. Apa2 pon pikir anak.. Tabahkn ati selagi blh, tp mulut jgn manis selalu, harus kurg ajar sesekali agar hati suami terusik... Haha.. Biar suami sedar n sentiasa ingt, kita isteri.. Tp kita seblh2ny x menyushkn dia.. Ingt tuh.. Yg penting anak2 pon ngan kita.. Jgn lembut sgt.. Marah la bila rasa perlu.. Sbb kita xkan jd kurg ajar kalo suami x mulakan! Bkn nak buat dia merasa hina tp tlg sedar diri sikit, nak bini respect, tlg respectkan diri tu sdiri.. Huh! 




Kisah 2: 


Kalau kita fikirkan, masalah kita berbeza.. Tapi ending nya sama. Masalah rumah tangga ni memang merumitkan.. Ada saja yang boleh jadi punca tak puas hati.. Yang kita boleh pegang sekarang hanyalah rasa kasih sayang dan tanggungjawab pada anak2. 

Kita selalu terfikir, Kalau aku tak ade anak, dah lama aku BLAH.. Cari hidup aku sendiri.. Cari kebahagiaan sendiri... Setiap kali fikiran tu datang, kita toleh dan lihat anak-anak yang tak  mengerti di sekeliling kita...apa akan jadi pada nasib mereka kalau kita tiada?




Kisah 3:


kwn kol, jemputan kenduri n sembg psl sorg kwn... Ingt dak jiran aku yg lakiny accident? Baru melahirkn anak ke 5. Sejujur2ny kami agak mrh! Dgn keadaan laki yg dah mcm tu, x keje, msh lg kuat nafsu.. Ntah la.. Yg kesian.. Bini, suri rumah tga sepenuh masa, tido sehari 2-3jam. Semua dia kna uruskan. Betapa cekalny hati! Kompom pintu syurga tnganga luas mgamit kedtgnny. 

8 taun dulu dia penah ngadu ngan aku yg dia penat x larat, laki lak x penah nak bantu keje umah segala smbil nangis. Skrg, dia juga la yg urus semua. Smgu bsalin dah anta anak p sek, x Caya? Bkn aku sorg npk.. Lakiny buta.. Sambil tgu waktu bbuka, aku tpikir kalo la sorg isteri tu dah x dek rasa hormat kat suami, mcm mna ya? 

Bkn sbb laki dah sakit @ ditimpa musibah, tp laki yg x nak berusaha utk majukan keluarga?.. 20 thn mcm tu la jugak.. Kesian anak2.. Jd moto aku skrg, ''kesian anak''. Kalo aku yg mkn nasi bkutu, xper... Tp bkn anak2.. Dunia persekitaran mbuatkn kita rasa ttekan, aku x per baju  rentas jahitan, tp aku x sanggup dgr anak2 cerita kwn2 mkn itu ini, p sana sini.. Ya allah... Aku bkn setabah kwn aku tu!. 

Jd skrg, x mau sedih2, kalo suami yg diharapkn x mjlnkn TANGGUNGJWBnya, kita sbgai pompuan kna usaha demi utk anak2. Jln tbaik: kumpul harta sdiri n bwk anak2 kemana jek tanpa libatkan suami!

Yes!!!



erm.. kaum ibu dan isteri... amacam? dapat inpirasi tak dari kisah-kisah di atas?



Sunday, June 10, 2012

aku menyesal.. aku terlanjur

tiada tempat untuk meluahan perasaan/ bebanan / masalah?
saya sudi mendengar masalah anda..


email ke mariyati5066@gmail sekiranya anda perlu rakan untuk meluahkan masalah anda...


percuma, tiada pra syarat dan terbuka kepada anda diluar sana yang mempunyai masalah dalam kehidupan ini..
para gadis dan wanita adalah diutamakan..


saya tidak akan memberi respond kepada masalah yang diutarakan sekiranya saya merasakan ianya hanya berpura-pura dan tiada kejujuran..


saya hanya ingin membantu...

soal siasat polis lemah lembut?

setiap pagi aku dengar bfm, the bussiness station 89.9
banyak isu menarik dibincangkan setiap hari.. salah satunya temuramah dengan Datuk Seri Idris Jala mengenai KPI, GTP dan pelbagai lagi.. apabila yang pakar memberi buah fikiran.. so, aku memang ambil peluang dengar dan dengar..


ada dua topik yang dibincangkan secara berturut-turut setiap pagi.. isu orang ditahan lokap mati dalam tahanan.. interview dengan wakil suaram..nampak gayanya suaram tak puas hati dengan kes-kes sebegini, mereka mewakili ahli keluarga si mati yang tidak dapat pembelaan sewajarnya.. 


persoalannya, bagaimana orang dalam tahanan yang sihat boleh mati secara tiba-tiba... aku bukan pakar dalam bidang ni.. tapi kenapa ye.. orang yag dah buat kesalahan, dah menyusahkan masyarakat, mungkin merompak membunuh, merogol, dan macam-macam me lagi, kalau mereka mati dalam tahanan lokap, maka pihak polis akan dipersalahkan? 


jawapannya mudah.. mereka manusia dan ada hak untuk hidup...aku sangat setuju..


tapi yang aku tak setuju, mereka-mereka ini dah melakukan pelbagai kesalahan.. yang akibatnya bukan sahaja ahli keluarga yang tanggung, tetapi jugak masyarakat ..apa jadi kepada mangsa rogol? hidup mereka akan menderita selama-lamanya..
apa jadi dengan mangsa bunuh? ahli keluarga yangditinggalkan akan kehilangan orang yang disayangi selamanya..


so, selalunya orang yang ditahan lokap akan disoal siasat oleh pihak polis.. 


aku meluahkan pendapat berdasarkan pengalaman aku bekerja dengan orang yang bermasalah dan berisiko.. kalau anak kita pun tak akan mengaku ponteng sekolah kecuali kita dah tunjukkan segala bukti, inikan pula orang yang terlibat dengan jenayah.. bolehkah mereka disoal siasat dengan lemah lembut dan berbudi bahasa?


contohnya: adakah encik pergi ke station minyak tu pukul 8 semalam? cakaplah.. saya tak marah.. kalau encik tak cakap pun tak pe.. saya tunggu jawapan encik bulan depan.. ok..


atau soal siasat itu mungkin begini: ooo.. kau tak mengaku pegi station minyak tu semalam.. tak pe, kau duduk situ kejap lagi kalau kau tak mengaku jugak, aku kasi kau nampak bintang...


mana boleh soal siasat secara berlembut bang.. kita nak soal siasat potential penjenayah... patut-patut la sikit kalau nak bersuara..


keadilan masyarakat mesti diambil kira...







kaunter khidmat nasihat percuma dah dibuka!!

saya seorang ibu mempunyai 3 orang anak. saya mempunyai keluarga yang hebat.. walaupun ada kekurangan, tetapi saya bersyukur dan menerima seadanya..


nature kerja saya sentiasa berhadapan dengan orang ramai, klien dan ahli keluarga yang bermasalah...dan kebetulan pulak, saya memang suka mendengar dan mendengar masalah rakan, dan orang disekeliling saya.


saya rasa terpanggil unuk membantu sesiapa yang mempunyai masalah.. anda boleh berkongsi dengan saya melalui emel mariyati5066@gmail.com..  saya akan bantu anda selagi saya mampu dan berupaya, kalau saya tak mampu bantu anda pun, sekurang-kurangnya anda mempunyai tempat untuk mengadu..


ingat pesanan saya, masalah memang ada di mana-mana.. dan ia penyeri kehidupan.. kalau tak ada masalah, maknanya tak meriah hidup kita.. so, berfikirlah positif dan sentiasa bersyukur... insyaallah masalah anda akan pergi beransur-ansur...

Friday, June 8, 2012

bos, boleh bawa anak ke ofis?

Isu bawa anak ke ofis bukan perkara baru.. Kalau anda bos, soalan di atas mungkin biasa anda dengar.. dan kalau anda bukan bos, anda lah yang tanya soalan tu.. huhuh.. 


Cuba bayangkan anda bos.. Banyak tugasan yang anda kena settle kan..anda sangat perlukan komitmen staff untuk bantu settle kan tugasan anda tu.. Tapi pada masa yang sama staff anda mempunyai masalah sikit mungkin maid demam, nursery tutup, baby sitter balik kampung atau isteri / suami mereka pergi kursus.. Anda tak bagi staff cuti, so staff anda akan tanya: BOS, boleh bawa anak ke ofis tak? 


dan cuba bayangkan anda staf biasa.. Alamak, BOS ni dah la aku dah selalu stay back, nak cuti pun payah.. Bukan apa, anak aku ni tak de sapa jaga.. Cam ne aku nak datang esok? Maid demam, hubby kursus, mak pulak Pegi kursus haji, aduh... Kat mana la nak post anak nih..So, mau tak mau kena mintak permission kat bos nak bawa anak ke ofis.. 


Sebenarnya tak de masalah .. Kalau dah terdesak sangat, berilah ruang untuk staff bawa anak ke ofis..tapi tengok juga nature kerja.. Kalau kerja kat kaunter, alamat meroyan lah boss tengok staff bawa dan jaga anak kat ofis, tapi kalau kerja dibelakang tabir... Tutup mata je lah.. 


Kalau tak, macamana dengan anak2? Keselamatan anak adalah yang paling utama. Sebab tu lah sedikit masa dulu ada satu Kementerian ni bagi bajet kalau Jabatan Kerajaan nak buat nursery kat ofis.. Kebajikan staff.. Senang nak hantar anak.. So,berlebih kurang lah ye..tapi jangan sampai ambil kesempatan.. Asal masalah je, bawa anak datang ofis,kalau macam tu, buat kerja dari rumah lagi bagus...ermmm.., bagus jugak idea ni.

rumah Alias mana?

Malam tadi aku balik kerja dalam keadaan yang lapar dan penat.. Sampai kat rumah je terus pergi dapur dan makan malam... tiba-tiba anak aku panggil, umi, umi, kawan umi nak jumpa..


Ah!! sapa pulak yang kacau aku nak soru nih..
terus bangun dah tengok kat luar ada seorang lelaki di luar pagar. dia tanya. kak, kat sini dulu rumah Alias ke?
Rumah Alias? eh, saya tak tau lah.. 
dia tanya lagi, kat taman ini ada padang bola tak? 
Aku jawab memang ada.. padang bola kat depan sana, sebelah tapak pasar malam..
dia jawab, saya pernah datang 10 tahun dulu.. kat sini ada padang bola.. 
aku kata, oh!! kalau macam tu saya tak tahu.. saya baru menetap kat sini.. kalau abang nak tahu, cuba tanya abang din yang jual tom yam kat rumah hujung tu.. dia memang dah lama duduk kat taman ni..
ish.. dia tak nak bergerak dan pergi..
still jugak kat luar pagar tu..
ok... memang la kat taman ni ada padang bola.. abang keluar balik masuk kanan, lepas tu abang nampak pasar malam kan, ha, sebelah pasar  malam tu padang bola lah.. suara aku dah meninggi sikit...
alamak tak faham-faham lah orang ni..
mcam ni la bang, abang pegi jumpa tuan punya kedai tomyam kat hujung rumah saya ni, abang tanya dia.. ok, dan aku pun beredar..
baru aku perasaan, aisyah yang dari tadi berdiri sebelah aku dah tak de.. dan aku nampak dia keluar dari bilik sambil memegang sehelai kertas.. dia tunjuk kertas tu kat aku sambil kata, umi, ini jalan nak ke padang bola dari rumah kita.. saya nak bagi kat kawan umi... 


ya allah!! betapa dalamnya kuasa tuhan.. she is only six years!!


A. rumah aku
B. Padang bola.
aku tak edit lukisan ni.. semua aisyah tulis..aku cuma suruh aisyah tulis A dan B, tujuannya untuk aku nak  gambarkan  dalam entri ni...

chicken pox








mula-mula ariff yang bawa virus nih..simptomnya demam dan x lalu makan / minum. lepas 2 minggu, menjangkit pulak kat aisyah dan asyraf. aku ingat petua orang tua-tua, selagi tak keluar semua cacar tu, kita akan rasa demam dan sakit. so, cara nak mengeluarkan semuanya, minum air kelapa. memang betul, aku bagi minum air kelapa sorang satu biji satu hari, esoknya cacar tumbuh macam cendawan.. siap berair lagi..
puas nak menjaga.. gambar-gambar ni selepas 1 minggu.. dah surut, air dah kering.. katanya tak boleh makan telur goreng dan kicap.. takut berkudis dan tinggal kesan.. 



kopi ke copy?




terkedu seketika dengan hasil kreativiti asyraf hari ini.. 
bukan apa, terkesima dengan Asyraf yang menunjukkan lukisannya sambil berkata; Umi, cuba tengok abang lukis ni. Umi suka minum kopi kan.. jadi abang pun coplah..

kopi ke copy?... 

apa-apa pun umi sayang Asyraf.

Friday, June 1, 2012

jalan-jalan cari makan







birthday ke 38

nasi goreng sawi


cucur jagung

lempeng susu


ikan jaket sambal

ikan masin asam limau

masak lemak daun pucuk manis



nasi goreng udang kering

cheesy baby hot dog.. cap ayamas


menu orang malas

petai sambal, jangan buang kulit


ayam rendang



sambal ikan bilis ala-ala jawanese

sup bebola ayam dan bunga kobis



kari daging

 kari ikan tongkol



nasi goreng ikan bilis campur bebola ketam


cekodok bawang


pecal

kuah pecal


sambal belacan campur limau nipis

daging black pepper





asam pedas ikan pari



ikan temenung pindang

cendawan masak lemak



ikan jaket sumbat


gambar hiasan je