Sunday, June 10, 2012

soal siasat polis lemah lembut?

setiap pagi aku dengar bfm, the bussiness station 89.9
banyak isu menarik dibincangkan setiap hari.. salah satunya temuramah dengan Datuk Seri Idris Jala mengenai KPI, GTP dan pelbagai lagi.. apabila yang pakar memberi buah fikiran.. so, aku memang ambil peluang dengar dan dengar..


ada dua topik yang dibincangkan secara berturut-turut setiap pagi.. isu orang ditahan lokap mati dalam tahanan.. interview dengan wakil suaram..nampak gayanya suaram tak puas hati dengan kes-kes sebegini, mereka mewakili ahli keluarga si mati yang tidak dapat pembelaan sewajarnya.. 


persoalannya, bagaimana orang dalam tahanan yang sihat boleh mati secara tiba-tiba... aku bukan pakar dalam bidang ni.. tapi kenapa ye.. orang yag dah buat kesalahan, dah menyusahkan masyarakat, mungkin merompak membunuh, merogol, dan macam-macam me lagi, kalau mereka mati dalam tahanan lokap, maka pihak polis akan dipersalahkan? 


jawapannya mudah.. mereka manusia dan ada hak untuk hidup...aku sangat setuju..


tapi yang aku tak setuju, mereka-mereka ini dah melakukan pelbagai kesalahan.. yang akibatnya bukan sahaja ahli keluarga yang tanggung, tetapi jugak masyarakat ..apa jadi kepada mangsa rogol? hidup mereka akan menderita selama-lamanya..
apa jadi dengan mangsa bunuh? ahli keluarga yangditinggalkan akan kehilangan orang yang disayangi selamanya..


so, selalunya orang yang ditahan lokap akan disoal siasat oleh pihak polis.. 


aku meluahkan pendapat berdasarkan pengalaman aku bekerja dengan orang yang bermasalah dan berisiko.. kalau anak kita pun tak akan mengaku ponteng sekolah kecuali kita dah tunjukkan segala bukti, inikan pula orang yang terlibat dengan jenayah.. bolehkah mereka disoal siasat dengan lemah lembut dan berbudi bahasa?


contohnya: adakah encik pergi ke station minyak tu pukul 8 semalam? cakaplah.. saya tak marah.. kalau encik tak cakap pun tak pe.. saya tunggu jawapan encik bulan depan.. ok..


atau soal siasat itu mungkin begini: ooo.. kau tak mengaku pegi station minyak tu semalam.. tak pe, kau duduk situ kejap lagi kalau kau tak mengaku jugak, aku kasi kau nampak bintang...


mana boleh soal siasat secara berlembut bang.. kita nak soal siasat potential penjenayah... patut-patut la sikit kalau nak bersuara..


keadilan masyarakat mesti diambil kira...







No comments: